Jangan ambil alih tugas lelaki

“Jadi inilah peranan wanita. Kita tidak boleh pandang rendah kepada suri rumah yang di rumah walaupun ia tidak menjana pendapatan tetapi mendidik anak-anak generasi akan datang supaya menjadi satu generasi yang lebih mantap yang lebih bertanggungjawab serta lebih prihatin,” ujarnya ketika sesi sidang media setelah merasmikan Konvensyen Suri di Mega Glory Hall, Ostia Bangi, di sini.

Beliau berpandangan keruntuhan akhlak lelaki dan wanita, keruntuhan rumahtangga dan sebagainya adalah bermula daripada masa kecil mereka, development child.

Dan itulah peranan para suri rumah terhadap keluarganya.”

Menurutnya, peratusan wanita yang bekerja di Malaysia ialah 54 peratus iaitu lebih 8% daripada yang tidak berkerja.

“Suri rumah yang tidak bekerja di Malaysia ialah 46%. Dan 54% daripadanya adalah wanita berkerja. Dan ia sangat seimbang,” jelasnya kepada media.

Kategori umur suri rumah yang dinyatakan beliau adalah sekitar 15 hingga 60 tahun.

“Majoritinya, yang hadir hari ini sangat muda seperti baru habis belajar, berusia bawah 30 tahun. Tetapi mereka bersemangat bawa anak-anak hadir ke Konvensyen Suri ini dan pihak penganjur sangat prihatin menyediakan ruang nursery,” ujar Mariam Mas.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua wanita, jangan mengambil alih tugas lelaki.

“Ya, jangan sesekali kita ambil tugas lelaki. Contohnya, membayar sewa rumah, daftar anak sekolah, dan lain-lainnya. Kerana alasan yang sering diberikan kaum lelaki, “Tak mengapalah, awakkan kerja.”

Menjadi kerisauan beliau ialah apabila lama kelamaan suami melepaskan tanggungjawabnya dan mengabaikan kewajipannya kepada keluarga.

“Tentu setiap kita inginkan yang terbaik untuk keluarga.  Jadi wanita perlulah cerdik dalam bertindak,” tegasnya.

Menurutnya, sekarang ini kita ada ikon, mereka yang berkerja seperti Neelofa seorang ahli perniagaan. Beliau berjaya walaupun tidak bekerja sepenuh masa. Dan Raja Natasha Puteri Sultan Selangor, seorang isteri yang aktif dalam organisasi NGO.

“Jika boleh, saya nak Wanita IKRAM dan Suri Rumah Rahmah (SRR), pilih ikon wanita yang tidak berkerja tetapi boleh dicontohi oleh suri-suri rumah yang lain dan masyarakat.”

Tambahnya lagi, kalau nak kata, kita sering mendengar ikon ibu mithali, mereka duduk rumah dan mendidik anak yang mana semuanya berjaya.

“Tetapi yang ini, kita mahukan yang suri rumah yang lead the society, yang terlibat dalam dirinya, keluarganya dan masyarakat. Walaupun mereka suri rumah sepenuh masa, tetapi ia ada penglibatannya dan menyusun masanya bersama masyarakat dengan keluarganya dan juga dengan dirinya sendiri.”

Konvensyen pertama anjuran SRR dengan kerjasama Wanita IKRAM dan LPPKN ini bertujuan mewujudkan support group SRR iaitu menyokong suri rumah yang lain, dan memberikan keyakinan suri-suri rumah ini boleh melakukan sesuatu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia