Jamal Khashoggi pencetus gelombang kontroversi (Bhg. 2)

Adakah terdapat bukti?

Pada pertengahan November, pemerintah Turki mengatakan bahawa ia telah memberikan rakaman audio pembunuhan Jamal Khashoggi kepada Arab Saudi, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis.

 

Walaupun kandungan rakaman ini tidak diumumkan secara rasmi, laporan Pelapor Khas PBB, Agnes Callamard merangkumi perincian rakaman yang dibincangkan oleh media Ankara.

 

Pelapor Khas itu menunjukkan bahawa beliau tidak memperoleh salinan rakaman pembunuhan Khashoggi daripada perkhidmatan perisikan Turki atau untuk mengesahkan kesahihan mereka.

 

Tetapi salah satu rakaman audio ini termasuk perbincangan antara dua pegawai Arab Saudi mengenai cara memotong dan mengangkut mayat Khashoggi beberapa minit sebelum Khashoggi tiba di konsulat, menurut laporan Callamard.

 

Melalui rakaman tersebut, pegawai perisik di Turki dan negara lain menjangka kemungkinan Khashoggi disuntik dengan ubat penenang dan kemudian tercekik menggunakan beg plastik, menurut laporan Callamard.

 

Pegawai Turki tersebut tidak dibenarkan memasuki konsulat Arab Saudi untuk mendapatkan sampel DNA sehingga dua minggu selepas tragedi itu.

 

Laporan PBB mengatakan bahawa terdapat bukti yang kuat bahawa tempat kejadian telah dilakukan pembersihan mendalam tanpa pengetahuan pakar forensik sebelum penyiasatan bermula.

 

Jenazah Khashoggi turut dicari di Hutan Belgrade di Istanbul iaitu sebuah tempat yang dikunjungi konsulat Saudi pada 1 Oktober 2018, iaitu sehari sebelum pembunuhan wartawan Saudi tersebut.

 

Pihak berkuasa Turki juga menuju ke Bandar Pesisir Yalova di Turki, kerana terdapat dakwaan bahawa seorang warga Arab Saudi memiliki sebuah rumah di sebuah ladang di sana.

 

Siapa ejen Saudi?

 

Identiti mana-mana pihak yang dikatakan Arab Saudi sedang diadili belum dinyatakan, tetapi laporan khas PBB ada menyebut nama mereka dalam siasatan yang memadankan maklumat itu dengan pelbagai sumber daripada pihak kerajaan.

 

Laporan itu mengatakan bahawa lima defendan yang menghadapi hukuman mati adalah Fahad Shabib al-Balawi, Turki Musharraf al-Shehri, Walid Abdullah al-Shehri, dan Maher Abdul Aziz Mutreb, seorang pegawai perisikan Saudi yang dikatakan AS bekerja untuk wakil putera mahkota, Saud al-Qahtani dan yang kelima adalah Salah Muhammad al-Tubaigy, pakar forensik di Kementerian Dalam Negeri Saudi.

 

Bagi enam defendan yang lain, mereka adalah Mansour Othman Aba Hussain, Muhammad Saad al-Zahrani, Mustafa Muhammad al-Madani, Saif Saud al-Qahtani, Muflih Shaya al-Musleh, yang dikatakan sebagai kakitangan di Konsulat Saudi di Istanbul dan Ahmed al-Asiri, mantan timbalan ketua perisik Saudi.

 

Menurut laporan PBB itu juga, peguam yang bertanggungjawab membela defendan mengatakan dalam sesi yang diadakan pada Januari lalu, bahawa anak guamnya adalah pegawai negeri dan tidak dapat membantah arahan yang ditujukan kepada mereka apalagi pihak atasan tersebut berpangkat tinggi.

 

“Tiga daripada defendan mengatakan bahawa Khashoggi mula menjerit, jadi mereka menutup mulutnya untuk menghalangnya daripada berbuat demikian, yang menyebabkan kematiannya secara tidak sengaja,” demikian menurut laporan itu.

 

Callamard menunjukkan bahawa beliau tidak mendengar jeritan dalam rakaman audio mengenai apa yang berlaku di dalam konsulat.

 

Menurut laporan Callamard, al-Asiri memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengeluarkan perintah untuk menggunakan kekerasan terhadap Khashoggi ketika ia dikembalikan ke Arab Saudi.

 

Laporan tersebut menyebutkan nama sembilan daripada defendan yang disahkan oleh pihak berkuasa Turki sebagai antara pasukan besar yang terdiri daripada 15 orang yang dihantar ke Istanbul.

 

Sebilangan besar pasukan ini juga tiba dan meninggalkan Istanbul dengan penerbangan peribadi atau komersial pada hari yang sama Khashoggi terbunuh.

 

Rakaman CCTV pula mengesan beberapa ahli pasukan ini semasa mereka diangkut dengan kereta ke konsulat Saudi, dan kemudian beberapa orang daripada mereka dibawa ke rumah konsulat Saudi dua jam setelah Khashoggi tiba di pejabat konsulat.

 

Callamard mengatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga anggota pasukan ini dilihat memasuki rumah konsul Saudi dengan apa yang kelihatan seperti beg sampah selain sebuah beg pakaian.

 

Reaksi sekutu Arab Saudi di Barat?

 

Pembunuhan Khashoggi mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Arab Saudi dan menyebabkan krisis diplomatik antara negara itu dan beberapa sekutu terbesarnya di Barat yang dipimpin Amerika Syarikat.

 

Setelah mengesahkan pembunuhan Khashoggi oleh pihak berkuasa Arab Saudi, Presiden AS ketika itu, Donald Trump menggambarkan apa yang berlaku sebagai penyembunyian kejahatan paling buruk dalam sejarah.

 

Tetapi Trump telah mempertahankan hubungan antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi, rakan perdagangan mereka. Kedudukan Presiden AS pada waktu itu menjadi bahan sindiran oleh sebilangan Senator AS yang menuding jari terhadap Mohammed bin Salman dalam kes pembunuhan ini.

 

Laporan media mengatakan bahawa CIA, yang mana pengarahnya mendengar rakaman audio mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi itu menyimpulkan bahawa pihaknya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa pemimpin tertinggi Arab Saudi yang mengarahkan pembunuhan Jamal Khashoggi.

 

Trump membantah perkara ini dan pentadbirannya telah melanggar undang-undang yang mewajibkannya untuk menerbitkan laporan tidak rahsia yang menunjukkan bahawa seseorang telah memberi perintah serta arahan atau memusnahkan bukti dalam kes ini.

 

Dalam pada itu, Joe Biden yang menggantikan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mengatakan bahawa beliau akan mengeluarkan laporan itu.

 

Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan United Kingdom mengenakan sekatan ke atas 18 orang Arab Saudi yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan Khashoggi. Namun Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman tidak termasuk antara mereka.

 

Jerman, Finland, Denmark dan negara-negara Eropah lainnya juga telah membatalkan perjanjian senjata yang telah mereka buat dengan Arab Saudi setelah pembunuhan Khashoggi.

 

Siapa bertanggungjawab?

 

Sebelum dibunuh, Khashoggi adalah seorang wartawan yang mengisi ruangan pendapat di Washington Post dan Fred Ryan.

 

“Sejak hari itu, wartawan yang tidak bersalah ini telah dibunuh dengan kejam,” kata media Washington Post dan Fred Ryan.

 

Berikutan itu, dua syarikat penerbitan tersebut menyarankan dua tindakan penting iaitu pendedahan fakta dan kebertanggungjawaban pihak yang bertanggungjawab.

 

“Siaran laporan yang dikeluarkan telah mendedahkan fakta. Sekarang, mereka yang membenarkan pembunuhan kejam ini harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk itu,” tuntutnya.

 

Dunia kewartawanan sememangnya mencabar apabila memperjuangkan kebenaran yang mana kebanyakannya melibatkan kritikan terhadap pihak pemerintah atau pembongkaran sindiket jenayah yang besar.

 

Bukan saja masa dan tenaga, bahkan nyawa juga boleh menjadi taruhan di sesetengah negara. Ugutan, saman juga menjadi mainan untuk menutup mulut wartawan yang mendedahkan kebenaran.

 

Kebenaran dan keadilan itu perlu diperjuangkan sepanjang masa dan di mana-mana saja supaya kebatilan dan kezaliman tidak terus bermaharajalela, serta golongan yang dizalimi dan teraniaya terus mendapat haknya.

 

Itulah secebis kisah Jamal Khashoggi. Bagaimana pula kisah di negara kita?

 

 Baca Bahagian 1: http://bit.ly/jamal-khashoggi1

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia