Integriti yang dikhianati?

Dalam segala hal, tentu kita terpaksa akui undang-undang punya kuasa yang besar menentukan seseorang itu bersalah atau tidak.

 

“Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh proses undang-undang.”

 

Walaupun adakalanya keputusan yang dikenakan kepada seseorang itu seakan ‘tidak adil’ kerana ia adalah seseorang yang terkenal atau punya ‘kabel’ yang kuat dengan pihak atasan atau pihak berkuasa.

 

Dan yang pasti, sebagai rakyat atau orang yang dizalimi, beranggapan bahawa undang-undang yang ada itu hanyalah sebagai satu bentuk penindasan juga kezaliman dan menjadi ‘boneka’ semata-mata menyelamatkan ‘kroni’ sendiri.

 

Sering kita dengar kata-kata keramat ‘Rakyat Hakim Negara’, ‘Makkal Sakthi’, ‘Kuasa Rakyat,’ dan lain seumpamanya yang berpihak kepada rakyat. Namun, laungan-laungan itu seakan tiada apa-apa bagi mereka.

 

Tabur janji

 

Tunggulah waktu hampir Pilihan Raya Umum (PRU), rakyat akan dihidangkan dengan pelbagai janji yang dipanggil manifesto parti-parti yang bertanding.

 

Waktu itu, kita dapat lihat banyaknya berpihak kepada ‘kebajikan’ rakyat atau bahasa lainnya manis mulut atau mengampu, untuk meraih satu undi.

 

Pabila menang berkuasa dan bergaya, segala yang ditaburi seakan tidak dipeduli lagi.

 

Akhirnya rakyat juga yang terpaksa ‘membanting tulang’ untuk kelangsungan hidup mereka, memperjuangkan apa yang dihadapi bersama-sama rakyat lainnya sebagaimana tanda pagar yang sering digunakan di media sosial iaitu #RakyatJagaRakyat, #KitaJagaKita.

 

Harap yang tidak boleh diharap

 

Walaupun pada 5 Oktober 2021 lalu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Bulan  Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak terhadap bencana khususnya bagi menghadapi  musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).

 

“Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Siaga Bencana’,  kesiapsiagaan bencana adalah bermula dari rumah dan menjadi tanggungjawab setiap individu kerana semua orang mempunyai risiko terhadap potensi bencana,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

 

Dan sebagaimana kenyataan yang dilaporkan media pada  5 Oktober 2021 lalu, pihak kerajaan sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien agar mangsa-mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan sewajarnya.

 

Tetapi kenyataan demikian tidaklah berlaku seperti sepatutnya. Bantuan daripada pihak kerajaan amat lambat didapatkan oleh mangsa-mangsa banjir. Pasukan keselamatan di bawah unit Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pun tidak laju bertindak.

 

Namun, badan-badan bukan kerajaan (NGO) lebih awal melakukan khidmat mereka. Begitulah pada akhir 2021 dan awal tahun 2022, beberapa kawasan di beberapa negeri dilanda banjir yang di luar jangka.

 

Maka bergerombolanlah rakyat menghulurkan bantuan untuk mereka yang terlibat menguatkan lagi, rakyat prihatin nasib rakyat.

 

Pelbagai kerosakan terjadi

 

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41)

 

Tentunya kerosakan yang terjadi itu adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang rakus lagi lahap itu.

 

‘Pengambilan’ kuasa hingga menukar lagi kepimpinan negara, pandemik yang masih tidak nampak noktahnya, kes Adib yang tiada pengakhirannya, isu banjir yang masih tiada solusinya, isu jenama arak yang mengelirukan, rasuah yang berleluasa, isu balak yang ‘didalangi’  dan pelbagai lagi masalah besar menimpa negara.

 

Tidak terkecuali isu Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM), dakwaan mengenai dirinya memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015, sebagaimana laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 saham dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016.

 

Seriuslah tangani segala yang terjadi!

 

Ia perlulah ‘diaudit’ kembali bagi mencari solusinya. Tentunya dalam segala situasi, berusahalah menilai kembali kewajaran dan rasionalnya tindakan agar ia tidak terus membawa kerosakan kepada alam dan rakyat terpaksa menanggungnya.

 

Sebagaimana peribahasa yang sering digunakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, begitulah tamsilan yang dapat dikaitkan dengan kepimpinan yang melanda negara kini. Rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada yang di atas memilih pemimpin, akhirnya diingkari.

 

Sampai bila segalanya ini akan berakhir jika pihak yang sepatutnya gagal menanganinya dengan tegas dan prinsip integriti yang jelas? Lakukanlah segera, agar banyak nyawa mahupun hidupan alam dapat diselamatkan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia