“Jadilah Hamba Allah yang Rabbani”

Apa yang lebih penting adalah untuk membawa setiap pengajaran daripada mukhayyam ke dalam kehidupan sebenar da’i itu sendiri dan menjadi bekalan untuk memimpin keluarga, masyarakat dan negara. Inilah harapan besar yang ditegaskan oleh Yang Di Pertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad semasa merasmikan mukhayyam tersebut.

Pengarah dan Timbalan Pengarah Mukhayyam, Haji Hussein Mohd Kari dan Dr Zainal Fitri Zakaria ketika ditanya apakah harapan mereka kepada para peserta setelah mukhayyam melabuhkan tirai, masing-masing mengharapkan para peserta terus berusaha untuk memahami dan menterjemahkan tema mukhayyam ‘Jadilah Hamba Allah yang Rabbani’ (kuu nuu rabbaniyyin)  ke dalam kehidupan mereka.

“Setiap peserta hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memantapkan konsep rabbaniah dalam diri serta menguatkan rukun ikhlas, thadhhiyyah (pengorbanan) dan ukhuwwah,” tegas Hussein (gambar kanan).

“Walaupun mukhayyam berakhir peserta hendaklah terus menguatkan ukhuwah dan mahabbah sesama ahli kerana Allah SWT, mengingat setiap pesanan dan perkongsian pengalaman muwajjih dan muwarrith, mengambil faedah dari pengorbanan dan sejarah hidup Ustaz Umar At-Tilmisani dan memastikan kita dapat menghafal dan sentiasa bertadabbur dengan ayat-ayat 63 hingga 77 daripada surah al-Furqan yang menjadi ayat-ayat tema mukhayyam kali ini,” jelas Sdr Hussein lagi.

Para peserta juga diingatkan untuk terus meneliti dan membincangkan risalah “Antara materialisma dan rabbaniyyah” daripada kitab Fiqh Da’wah karangan Syeikh Mustafa Masyhur yang telah dijadikan topik nadwah dalam kem tersebut dan mengambil faedah dan pengajaran daripada bacaannya.

Selain itu, kemahiran menyelamat ketika bencana dalam aktiviti latihan hendaklah terus ditekuni oleh para peserta supaya mereka dapat menguasai teknik menyelamat dengan cara yang betul.

Semoga Allah SWT mempertautkan setiap hati para peserta mukhayyam dan semua pendokong risalah ad-Deen ini, menerima amal-amal kita dan merahmati kita dengan petunjuk, keikhlasan, pengorbanan, tsabat dan ukhuwwah kerana-Nya pada sepanjang jalan dakwah ini.


Berita mukhayyam: http://bit.ly/1CXUy4l

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia