Izzan Nasuha YDP Wanita Kedua Terajui BAKIM

SERI KEMBANGAN – Buat kali kedua, Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) mengangkat wanita sebagai Yang Dipertua (YDP) pada Mesyuarat Agung Tahunannya yang berlangsung pada Jumaat lalu di Dewan Utama di sini.

Izzan Nasuha Amran dilantik berdasarkan undian terbanyak tetapi sengit daripada ahli BAKIM menggantikan tempat YDP terdahulu, Mohd Shukur Zawawi.

Dalam pada itu, Izzan menzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik serta berikrar untuk memikul amanah dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada barisan AJK BAKIM bagi sesi 2025-2027 yang telah dilantik.”

“Amanah yang diberikan sebagai Yang Dipertua BAKIM akan cuba digalas sebaiknya dengan sokongan daripada barisan kepimpinan yang komited serta penuh dengan pandangan dan idea baharu.”

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan segera merangka hala tuju gerak kerja BAKIM bagi tempoh dua tahun mendatang. 

Tambahnya, fokus utama adalah untuk memastikan kebajikan ahli terus terpelihara, di samping mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi meningkatkan motivasi kakitangan untuk memberikan perkhidmatan terbaik di Ibu Pejabat IKRAM.

Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 14 Februari lalu dan melantik barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2025-2027.

BAKIM yang ditubuhkan sejak 25 Februari 2014 memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan ahli serta memberikan bantuan kepada kakitangan yang ditimpa musibah.

Selain itu, badan ini turut menjadi platform komunikasi antara kakitangan dan majikan bagi meningkatkan kebajikan serta mutu perkhidmatan di Ibu Pejabat IKRAM.

Dalam mesyuarat tersebut, senarai kepimpinan baharu BAKIM bagi sesi 2025-2027 adalah seperti berikut:

Ahli Jawatankuasa BAKIM 2025-2027

  • Yang Dipertua: Izzan Nasuha Amran
  • Timbalan Yang Dipertua: Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan
  • Setiausaha: Nurul Auni Mohd Amran
  • Bendahari: Hanifa Zakirah Abdullah
  • Ahli Jawatankuasa:
    • Abdullah Azzam Azmi
    • Ahmad Danial Khir Ahmad Basri
    • Siti Nuur Basmin Mohd Maarof

Dengan kepimpinan yang baharu dan perancangan yang kukuh, BAKIM dijangka terus menjadi wadah penting dalam memperjuangkan kebajikan kakitangan dan meningkatkan hubungan baik antara majikan serta pekerja. 

Semua ahli BAKIM diharap dapat memberikan kerjasama padu bagi memastikan visi dan misi badan ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia