Isu Sekolah Vernakular di Malaysia: Ketahui Faktanya

Akhir-akhir ini timbul beberapa isu berkaitan dengan sekolah vernakular. Dalam perbincangan dan wacana terutama di media sosial, ramai yang keliru dengan takrifan sekolah vernakular di negara ini.  

Sekolah vernakular ialah sekolah yang bahasa pengantarnya bahasa ibunda, bukan bahasa Melayu. 

Di Malaysia, sekolah vernakular terdiri daripada beberapa jenis, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, SRJK (C), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, SRJK (T), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, SMJK (C) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). 

Mengenai sekolah Cina, terdapat salah faham mengenai SRJK (C), SMJK (C) dan SMPC. Kebanyakan orang menyamakan sekolah-sekolah ini, padahal ketiga-tiganya berbeza. Kedudukan sekolah-sekolah ini boleh difahami sekiranya kita menelusuri sejarah masing-masing. 

Orang Cina dan India di Tanah Melayu mula-mula mengasaskan sekolah mereka sendiri sejak abad ke-19. 

Berikutan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib dan Akta Pendidikan (1961), kerajaan telah menawarkan sokongan bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah ini  dengan syarat mereka bersedia melaksanakan kurikulum kebangsaan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Semua sekolah rendah dan beberapa sekolah menengah Cina menerima tawaran ini. Beberapa sekolah menengah Cina menolak kerana mereka mahu mengekalkan autonomi dan kebebasan mereka.

Sekolah yang menerima tawaran itu kini dikenali sebagai SRJK (C), SRJK (T) dan SMJK (C), manakala yang enggan menerima kekal dikenali sebagai SMPC.  

Tawaran yang sama telah dibuat kepada Sekolah Rendah Tamil, yang kesemuanya bersetuju ditukar kepada SRJK (T). Namun, sekolah menengah Tamil tidak pernah wujud. Oleh itu, tiada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Menengah Persendirian India/Tamil.

SMJK (C), SRJK (C) dan SRJK (T) berada dalam sistem pendidikan kebangsaan. Mereka melaksanakan Kurikulum Kebangsaan dan melaksanakan sistem pentaksiran dan peperiksaan awam KPM. Cuma bahasa pengantarnya sahaja dalam bahasa vernakular/ibunda. 

Sekolah-sekolah ini termasuk di bawah kawal selia Akta Pendidikan 1996. Pengoperasiannya mendapat bantuan Kementerian Pendidikan, manakala guru-gurunya adalah dalam perkhidmatan pendidikan di bawah KPM.

Kini terdapat kira-kira 1,300 buah SRJK (C) dengan bilangan 510,000 murid, manakala kira-kira 80,000 pelajar berada di 523 buah SRJK (T). 

Kedudukan sekolah-sekolah ini adalah serupa dengan sekolah agama yang dibantu oleh kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan. Sekolah-sekolah ini menerima dana, guru dan seumpamanya daripada kerajaan.

Satu perkara yang menarik ialah bilangan pelajar bukan Cina di SJK (C) semakin bertambah dari tahun ke tahun. Menurut laporan Kementerian Pendidikan, jumlah pelajar bukan Cina di SJKC meningkat daripada 11.84 peratus pada 2010 kepada 19.75 peratus pada 2020. 

Sebaliknya, SMPC pula beroperasi sebagai sekolah swasta Cina sepenuhnya  di luar sistem pendidikan kebangsaan. Kewujudannya tidak disebut dalam Akta Pendidikan 1996. Sekolah-sekolah ini tidak melaksanakan kurikulum kebangsaan dan tidak menyertai peperiksaan awam Malaysia. 

Sebaliknya mereka menggunakan kurikulum sendiri serta melaksanakan Unified Examination Certificate (UEC) yang sering menimbulkan kontroversi. 

Akhir-akhir ini sekolah-sekolah ini juga dikatakan giat berusaha meningkatkan keupayaan bahasa Melayu dan memberi peluang pelajar-pelajarnya mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat  60 SMPC di Malaysia dan tiada sekolah baharu dibenarkan ditubuhkan. 

Persoalan sering timbul sama ada kewujudan sekolah-sekolah ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi negara.

Pada bulan November tahun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak bercanggah dengan mana-mana aspek perlembagaan.

Pada 20 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Oleh kerana ketiadaan halangan dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan perundangan, sekolah-sekolah ini akan kekal. 

Namun, sekolah vernakular ini juga dijangka terus menjadi bahan perbincangan, polemik dan kontroversi. Walau bagaimanapun, diharapkan perbincangan dan wacana diasaskan kepada fakta yang benar, bukan atas persepsi dan mainan emosi. 

Profesor Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia