Isu pornografi: Wanita IKRAM, MAP kunjungi Mufti WP

Antara objektif kunjungan ini adalah bagi mengetengahkan isu pornografi dengan pihak Pejabat Mufti WP dan betapa perlunya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gejala ini.

“Kami percaya kebanyakan isu sosial yang semakin kerap berlaku dalam masyarakat kini bertitik tolak daripada pornografi,” ujar wakil rombongan.

Turut dikongsikan dalam kunjungan itu, usaha-usaha MAP menjalankan kempen penerangan dan kesedaran tentang bahaya pornografi kepada pelbagai golongan dalam masyarakat supaya lebih ramai menghindari gejala tersebut.

Hadir dalam kunjungan itu Pn Hjh Haliza Malik mewakili Wanita IKRAM Pusat, Pn Hjh Susilawati Hamzah, Ketua Wanita IKRAM WPKL serta Sekretariat MAP diwakili Dr Nor Khaizan, Dr Suria Jamal dan Pn Farah Samsudin. Turut hadir mengiringi rombongan Sdr Ahmad Sodikin Kasimin daripada IKRAM WPKL.

Wanita IKRAM dan Sekretariat MAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Mufti WP yang sudi menerima kunjungan mereka dan berharap ia menjadi permulaan kepada kerjasama seterusnya dalam menangani gejala pronografi.

Mothers Against Pornography (MAP) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk melawan pornografi dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan membendung peningkatan jumlah kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang terlibat dengan salah laku seksual di Malaysia.

MAP telah menjalankan siri ceramah dan menyampaikan modulnya di sekolah rendah dan menengah serta kem cuti sekolah. Antara topik yang disampaikan ialah ‘Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat’, ‘Gadis Muslim Kenali Dirimu’, ‘Bahaya Pornografi dan Dunia Siber’ dan banyak lagi.

Matlamat utama MAP adalah untuk menanamkan dalam minda anak-anak muda sebab mengapa manusia diciptakan dan destinasi akhirnya, supaya apabila kefahaman ini timbul di dalam pemikiran, tindakan mereka akan dipandu oleh rasa cinta dan takut kepada Allah SWT.

Lagi info: Mothers Against Pornography

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia