Isu Melayu Murtad: Usaha Yang Lebih Menyeluruh dan Bersepadu Diperlukan

Sehari dua ini negara digemparkan oleh beberapa keping gambar yang diedarkan di alam maya melalui Facebook, berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian.

Walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan menggunakan gambar-gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab.

Allah SWT melarang keras pembohongan sebagaimana yang difirmankan dalam ayat 105 Surah an-Nahl dan melalui hadith Nabi SAW yang mulia: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalangan ku.” (HR Abu Hurairah)

Sebagai umat Islam di negara yang kita kasihi ini, kita perlu mengambil pendekatan berdakwah dengan hikmah seperti mana firman Allah SWT dalam Surah An Nahl 125 yang bermaksud:

“Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat peringatan yang baik dan perbahasan yang terbaik.”

Gejala murtad di Malaysia perlu ditangani secara menyeluruh dengan menyelesaikan punca sebenar seorang Muslim tergamak untuk meninggalkan agama Islam.

Berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat memberi khidmat nasihat kepada pemohon murtad di beberapa buah negeri, didapati gejala ini adalah gejala yang parah, tetapi majoriti yang memohon keluar dari Islam adalah saudara baru dan bukan dari bangsa Melayu.

IKRAM menyeru umat dan badan-badan Islam untuk melaksanakan tanggungjawab persaudaraan sesama kita, berdakwah kepada yang belum Islam dan mengambil berat tentang kebajikan saudara-saudara baru sebagai usaha untuk memelihara kesucian agama Islam dan membendung gejala murtad di Malaysia.

IKRAM juga menyeru umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk bersikap tabayyun iaitu meneliti dan menyemak sesuatu berita hingga jelas benarnya berita berkenaan sebelum memutuskan tindakan atau pandangan.

Sikap demikian amatlah penting dalam menjaga kemurnian Islam dan keharmonian agama serta kaum terutama apabila ada pihak yang mungkin ingin memecahbelahkan rakyat dan umat Islam.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

5 Mac 2014

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia