Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyarankan agar semua pihak menghormati keputusan Kabinet untuk mengekalkan kuota pelajar Matrikulasi seperti yang diputuskan pada 24 April 2019 yang lalu.
Walaupun kuota dikekalkan, namun dengan pertambahan bilangan tempat daripada 25,000 kepada 40,000 seharusnya memberi peluang yang lebih besar kepada semua kaum untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
IKRAM menyeru agar semua pihak berfikiran rasional dan bertindak secara bijak dalam menangani isu ini.
IKRAM juga menyeru agar semua perbezaan pandangan diselesaikan secara muafakat dengan menjadikan Kabinet sebagai badan pemutus.
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia