Isu LCS: Bekas Panglima TLDM Didakwa Pecah Amanah

Isu LCS: Bekas Panglima TLDM Didakwa Pecah Amanah | IKRAM

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM21.08 juta.

Ketiga-tiga pertuduhan itu adalah berhubung dengan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bekas Pengarah Urusan dan Naib Presiden Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) itu didakwa meluluskan tiga pembayaran kepada tiga syarikat tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS, menjadikan ia satu kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ramli didakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 kepada Syarikat Setaria Holding Limited, Singapura antara 26 Julai 2010 hingga 25 Mac 2011.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 kepada Syarikat JSD Corporation Pte Ltd, Singapura antara 19 April hingga 4 Mei 2011.

Bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 kepada Sousmarin Armada Ltd, Singapura antara 28 Oktober hingga 22 November 2020.

Jika sabit kesalahan, Ahmad Ramli boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun, tidak melebihi 20 tahun dan juga denda bagi setiap pertuduhan.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain, yang membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 November untuk sebutan semula kes.

Selain itu, hakim turut mengarahkan pasport milik Ahmad Ramli diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Pada 4 Ogos, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan dalam laporannya bahawa tiada sebuah pun kapal LCS disiapkan dan diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada BNS sejak projek ini dimulakan pada tahun 2014.

PA turut mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Berikutan itu, pada 11 Ogos, SPRM dilaporkan berkata bahawa pihaknya telah sudah mengemukakan kertas siasatan membabitkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek LCS kepada Jabatan Peguam Negara.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia