Isu Kalimah Allah: Mari Kita Selesaikan Dengan Bijaksana!

1.      Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan dekat perkembangan terkini isu kalimah Allah yang dicetuskan semula oleh peristiwa rampasan Bible dalam Bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah Allah, oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

2.      Kedua-dua pihak telah mengemukakan sandaran undang-undang dalam tindakan masing-masing. JAIS sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di Selangor bertindak di bawah peruntukan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Pihak yang membantah tindakan JAIS pula menggunakan semangat kebebasan mengamal agama yang dijamin oleh Perlembagaan, dan hujah bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam bible versi Melayu telah lama diguna pakai apatah lagi ianya merupakan versi import yang termasuk dalam Penyelesaian 10 Perkara (10 Point Solution) yang telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2011. Pada masa yang sama isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald masih lagi di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

3.      IKRAM berpandangan bahawa kes ini telah berada dalam keadaan berselirat antara peruntukan Perlembagaan, peruntukan Enakmen, kes Mahkamah dan keputusan eksekutif Penyelesaian 10 Perkara. Hanya kebijaksanaan daripada semua pihak dapat meleraikan kekusutan ini.

4.      IKRAM berpandangan bahawa penyelesaian melalui mahkamah ada keterbatasannya. Debat melalui media juga tidak akan menyelesaikan.  Oleh kerana Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan menghormati hak beragama semua pihak, IKRAM menyarankan penyelesaian dicari dalam suasana aman dan harmoni.

5.     IKRAM mencadangkan agar Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang baru ditubuhkan memainkan peranan masing-masing dengan memberi cadangan penyelesaian kepada kerajaan. Kerajaan hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam menyelesaikan isu ini melalui perundingan dengan semua pihak yang berkepentingan.

6.      IKRAM mengajak semua pihak bertenang dan memberi peluang kepada perundingan.  Marilah kita sama-sama memainkan peranan mencari penyelesaian yang baik bagi Malaysia dan semua rakyatnya.


Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia