Isu IKRAM dan Pendirian GBM dalam Isu Tindakan JAIS

Sebagai satu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengasas dan penggerak penting Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), IKRAM ingin menjelaskan tentang kenyataan media oleh gabungan ini.

IKRAM tidak menyatakan sokongannya kepada kenyataan GBM. Menurut amalan GBM, kenyataan boleh dikeluarkan di bawah nama gabungan jika disokong oleh sekurang-kurangnya separuh keanggotaannya.

Senarai organisasi yang dikeluarkan bersama kenyataan media tersebut adalah nama-nama organisasi yang menganggotai GBM dan bukan senarai organisasi yang memperakukan kenyataan tersebut.

Perkara ini telah dibincangkan oleh GBM pada 7 Januari 2014 yang lalu dan ahli GBM maklum tentang  pendirian IKRAM berkaitan kalimah Allah dan isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sehubungan itu GBM juga telah bersetuju di masa hadapan, hanya anggota GBM yang merestui sahaja disenaraikan dalam setiap kenyataan media.

Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Hj Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia