Isu Dadah: Pengaruh Rakan Punca Utama

Isu Dadah: Pengaruh Rakan Punca Utama | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sempena Hari Antidadah Antrabangsa pada 26 Jun 2022, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menganjurkan Bicara Bina Negara (BBN) yang mengupas tajuk ‘Isu Dadah di Malaysia Membimbangkan: Apa Peranan Kita?

Ketua Koordinator Unit, Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA) Prof. Madya Dr. Amin Al Haadi Shafie berkata, berdasarkan maklumat kajian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pengaruh rakan sebaya adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan najis dadah.

“Namun terdapat beberapa elemen dan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu terlibat dalam masalah penggunaan dadah antaranya disebabkan kerohanian seseorang itu, kefahaman dan kesedaran tentang dadah, lokus kawalan diri serta faktor luaran,” beliau berkata demikian berdasarkan kajian Team ACREDA, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Menurutnya, kesan kepada dadah ini bukan sesuatu yang mudah, walaupun telah melalui pelbagai siri rawatan. Masalah dadah ini bukan boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat, tetapi ia satu perjalanan rawatan dalam kehidupan.

“Langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat terutamanya keluarga untuk memastikan individu tidak terlibat dengan dadah  iaitu ‘awareness’ (kesedaran); perlu ada ilmu, faham dan tahu terhadap ketagihan dan penyalahgunaan dadah.”

Dr Amin berkata, ibu bapa dan keluarga yang terlibat mahupun yang tidak terlibat perlu menyahut cabaran menangani penyalahgunaan dadah.

“Faktor-faktor pelindung perlulah dikongsikan kepada keluarga-keluarga yang lain, bagaimana mereka melindungi keluarga yang tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah ini.”

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Pencegahan, AADK, Mahadzir Elias berkata, penagihan dadah ini adalah manifestasi daripada isu sosial yang timbul dalam masyarakat. 

“Untuk memutuskan rantaian dadah, terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu mengurangkan penawaran, memutuskan rantaian permintaan dan pengurangan kemudaratan, saling berkait bagi menangani isu dadah,” jelasnya.

Mahadzir berkata, terdapat faktor pelindung yang melingkari dalam persekitaran kita, dan banyak faktor risiko yang disedari atau mungkin tidak, yang menyebabkan isu dadah serta segala isu sosial sukar untuk ditangani.

“Faktor pelindung yang pertama ialah keluarga, dan keluarga juga mempunyai faktor risiko jika tidak diurus dengan betul.”

Beliau berkata, begitu juga dengan komuniti, jika tiada hubungan yang baik, komuniti saling hidup dengan diri sendiri, ‘not me syndrome’, “Ini bukan isu saya, isu keluarga lain.”

“Fungsi kita sebagai individu, ketua masyarakat, pegawai kerajaan, sebagai tok imam, perlu memastikan bahawa kita berfungsi persekitaran kita bebas dadah.”

Menurut data AADK, tidak ada penagih yang tidak pernah merokok, yang mana 99 peratus penagih adalah bekas perokok.

“Jadi, laluan utama yang perlu kita putuskan awal sebagai ibu bapa atau kawan ialah pastikan bahawa anak-anak dan rakan-rakan tidak terjebak dengan gejala merokok.”

Mahadzir menegaskan lagi, untuk berperang dengan dadah amatlah sukar kerana evolusi dadah adalah pantas.

“Jadi kita perlu sediakan masyarakat dengan pengetahuan dan ilmu penyalahgunaan dadah supaya mereka bersedia.”

Menurutnya, strategi pendidikan secara formal untuk mencegahnya iaitu dengan masuk ke sekolah-sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan silibus di sekolah-sekolah berkaitan isu-isu dadah ini.

“Strategi seterusnya iaitu persekitaran, seperti kempen bandar selamat iaitu dengan mencahayakan laluan-laluan yang gelap, rumah-rumah yang tidak didiami dibersihkan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Shahrul Aman Mohd Saari berkata, masalah dadah ini telah menghantui dunia sejak ribuan tahun dulu lagi.

“Candu di Babylon Sumeria 5000 BC, Ganja di China 3000 BC, Jus Popi Greek Kuno 300 BC, Cohoba di Amerika Selatan, Hasyisy 658 H Tasawuf Haidar, Zaman Kerajaan Tartar,” ujarnya.

Dadah adalah masalah besar yang bukan sahaja merosakkan individu, masyarakat, negara, bahkan merosakkan empayar sebagaimana Perang Candu hingga jatuhnya Dinasti Qing pada tahun 1912.

“Kita perlu sedar bahawa Akta Dadah Merbahaya 1952 ini, walaupun ada hukum mati mandatori, selama puluhan tahun ada dalam negara, namun tidak berjaya mengurangkan najis dadah ini. Setiap tahun berlaku peningkatan.”

Justeru tambahnya, Islam melihat bahawa apa-apa masalah dengan pendekatan yang menyeluruh iaitu bukan hanya beri ubat sahaja tetapi melalui kaedah-kaedah yang bersesuaian, tidak terkecuali, pendekatan galakan dan ancaman sebagaimana banyak terdapat dalam al-Quran.

Siri Bicara Bina Negara ke-21 yang diadakan secara dalam talian ini dikendalikan oleh Dr Daniel Iqram Abdul Halim, Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM sebagai moderator.

Ia adalah salah satu program IKRAM sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa melalui kempen ‘Putuskan Rantaian Dadah’.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia