Israk Mikraj: Di mana logiknya?

Ketika manusia sedang khayal dalam logik dan falsafah, bersamaan dengan itu ada bahaya yang mengintai kita semua dari jauh, iaitu kesesatan dalam berfikir.

 

Kita sering menyaksikan betapa ramai penuntut ilmu di menara gading telah disesatkan oleh penyimpangan pemikiran sekarang ini.

 

Seorang ahli psikiatri, Aaron T. Beck pernah menyebutkan bahawa, “Jika kita memikirkan sesuatu perkara dengan cukup kerap sekalipun ia tidak benar, nescaya kita akan percaya ia adalah benar dan perasaan kita akan sejajar dengan apa yang kita fikirkan pada akhirnya.”

 

Dalam kebanyakan kes, ramai yang tergelincir daripada kebenaran kerana terpikat dengan kebijaksanaan yang telah dibangunkan oleh rasionalisme yang akhirnya jatuh kepada falasi logik.

 

Rasionalisme merupakan salah satu daripada pemikiran teologi moden yang mengatakan bahawa akal memiliki kekuatan mandiri untuk mengetahui serta menggunakan prinsip-prinsip sesuatu kebenaran.

 

Dalam lembaran sirah peradaban Islam, Imam al-Ghazali menyebutkan terdapat beberapa sekolah aliran pemikiran yang sangat dominan dalam usaha mengislah umat, antaranya ialah Madrasah al-Ra’yi (rasional) dan Madrasah al-Atsar (tradisional).

 

Intelektual Muslim seperti Muhammad ‘Abduh juga berpandangan bahawa Islam dibangunkan pada rasionalisme. Namun, rasionalisme yang dimaksudkan beliau adalah menolak taksub (taklid) dan menerima penafsiran (takwil) berdasarkan akal dalam menerima terjemahan literal mengenai sumber dan hukum agama.

 

Dengan menggunakan kekuatan akal, kaum Muslimin seluruhnya diharapkan dapat membezakan perkara yang hak dan batil. Sungguhpun demikian, Muhammad ‘Abduh sangat berhati-hati terhadap penafsiran yang tidak rasional terhadap agama.

 

Berbeza halnya pada hari ini, dek kerana kebodohan ramai yang telah dikelabui termasuklah juga dalam kisah ghaib seperti peristiwa Israk Mikraj, mereka berpendapat ia merupakan suatu fantasi.

 

Berbeza dengan tauhid yang berdasarkan kepada kebenaran dan kebebasan, logik akal pula adalah berdasarkan kepada kepalsuan dan keterikatan.

 

Logik akal dan adat berpendapat peristiwa Israk Mikraj tidak logik menurut akal fikiran, adapun tauhid menyebut bahawa ia tidak logik untuk Allah mustahil untuk melakukannya.

 

Tambahan pula, peristiwa ini memang tidak logik jika difikirkan oleh akal fikiran manusia yang lemah, namun ia benar-benar pernah berlaku ke atas nabi Muhammad SAW, malah tidak mustahil jika dinilai dengan iman manusia.

 

Hal ini kerana, ada ketikanya akal manusia sama sekali tidak mampu untuk menanggapi sesuatu perkara di luar kemampuannya.

 

Marilah bersama-sama kita mengambil teladan daripada apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar RA setelah menerima khabar peristiwa ini tanpa ragu-ragu lantaran keimanan yang tinggi terhadap Allah SWT.

 

Seperkara lagi, dalam tradisi Islam, mukjizat ialah perkara yang berlaku di luar logik akal dan adat manusia, namun ia ialah perkara yang logik dalam ruang lingkup ketuhanan. 

 

Mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul. Maka, keberadaan dalam logik akal semata-mata ialah fantasi dan kesempitan, manakala berada dalam tauhid adalah realiti dan keluasan.

 

Dalam hal ini, penjelasan ke atas peristiwa Israk Mikraj jarang menggunakan pembuktian langsung; berpegang pada argumentum ad judicium. Ia lebih berkehendak kepada penerangan menggunakan dalil-dalil agama; berpegang pada argumentum ad verecundiam.

 

Argumentum ad judicium merupakan hujahan yang paling kuat, tidak terbantah dan selayaknya diangkat sebagai kebenaran. Ini termasuklah kitab-kitab suci terdahulu dan juga kitab al-Quran. Maha Besar Allah SWT dengan segala firman-Nya sungguh tiada cacat cela sedikit pun.

 

Namun ayat al-Quran itu banyak, ada yang kita fahami maknanya dan ada pula yang memerlukan pentafsiran yang lebih lanjut.

 

Bagaimana hal seperti ini kita hendak klasifikasikan sebagai ad judicium, sedangkan ia tidak dijelaskan? Oleh kerana itu, ayat al-Quran itu ada yang termasuk ad judicium, ada pula yang termasuk ad verecundiam.

 

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya meyakini bahawa hal spiritual dan rasional dapat berjalan seiringan.

 

Apabila berlaku pertembungan antara wahyu dan fakta ilmiah, kita wajiblah memilih dalil yang bersumberkan dari al-Quran, hadis, ijmak dan qias kerana itulah kebenarannya. Dengan demikian, kita seharusnya menilai dan mengubah keyakinan kita sesuai dengan kebenaran yang telah ditemukan.

 

Logik dan pembuktian ilmiah tidak seharusnya dituhankan kerana hakikatnya itu ialah pemberian daripada Sang Pencipta yang telah memberikan ruang kepada manusia untuk menggunakan akalnya yang mempunyai keterbatasan.

 

Oleh itu, logik bukanlah parameter kebenaran yang mutlak sebagaimana pendapat para kelompok ateis dan agnostik.

 

Sedangkan fakta pun boleh dimanipulasi. Hal inilah yang sering berlaku kepada pengagum rasionalisme sehingga meninggalkan konteks wahyu, sambil berdiri bongkak mendongakkan kepala lalu berteriak “Kami rasional” dengan memuntahkan kebenaran, padahal mereka sedang lari daripada kebenaran yang hakiki.

 

Umat Islam wajib mempercayai serta mengimani perjalanan spiritual agung Rasulullah SAW pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, kemudian naik ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha, lalu kembali semula ke tanah suci Mekah pada malam yang sama.

 

Oleh yang demikian, ayuhlah kita duduk sebentar dan berfikir sejenak. Kita sering mengatakan wahyu Ilahi sebagai sumber kebenaran yang terbaik, namun adakah kita memahami apakah sebenarnya kandungan yang benar-benar ingin disampaikan?

 

Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj dan semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bertakwa, diberikan kekuatan untuk konsisten menghabiskan bulan Rejab dan bulan-bulan berikutnya dengan beribadah kepada-Nya.

 

Mohamad Azim Sholehin Abdul Shukor
Graduan Perubatan MBBS USIM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia