Islam tidak bawa keganasan

“Layanan keluarga tersebut telah mengubah persepsi saya tentang Islam, bahawa ia tidaklah membawa keganasan seperti yang sering digambarkan oleh sebahagian media yang tidak bertanggungjawab,” ujar beliau semasa kunjungan wakil-wakil IKRAM, MyCARE dan i-Bantu Sibu ke rumah beliau di sini sempena Tahun Baru Cina.

Dalam kunjungan tersebut, pemuda berusia 25 tahun yang tinggal di bandar Sibu ini banyak berkongsi kisah menarik semasa bertugas sebagai wartawan bebas di beberapa negara seperti Lubnan, Afghanistan dan Syria.

Chris Lau bersama wakil-wakil IKRAM, MyCARE dan i-Bantu Sibu di rumahnya

Beliau turut berkongsi pengalamannya di kem Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang rejim Bashar al-Assad.

“Para mujahidin di tempat tersebut telah melayan saya dengan baik serta memberi perlindungan kepada saya selama berada di sana.”

Beliau juga berkongsi kisah bagaimana beliau mengajar orang-orang Arab di sana makan menggunakan chopsticks kerana ia pertama kali mereka melihat orang menggunakan alat tersebut untuk makan.

Chris Lau turut menyampaikan pesanan bahawa isu-isu kemanusiaan seperti yang berlaku di Syria merupakan hal yang perlu diambil berat oleh semua orang.

“Kita semua manusia, jadi kita perlu saling membantu,” pesan beliau.

Kisah pengalaman Chris Lau telah ditularkan melalui video wawancara ‘Pura-pura Solat Bersama Mujahidin Syria’ melalui FB Page Kongsi TV.

Dalam kunjungan Tahun Baru Cina itu, beliau telah dihadiahkan sebuah hamper bersama buku ‘Ke-Ban’, iaitu buku berkaitan kemanusiaan dalam Bahasa Mandarin karangan Teo Ann Siang, seorang eksekutif MyCARE.

Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan hubungan yang akan melonjakkan usaha-usaha kebajikan demi manfaat setiap warga masyarakat.

Lagi info: Bundle Amal i-Bantu Sibu | Kongsi TV Production

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia