Islam penyelesai kemelut perjuangan Radikal-Konservatif feminis

wacana wanita ikramKelompok feminis radikal yang perjuangannya berpaksikan hak asasi sebagai milik mutlak individu sebenarnya amat bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah Subhanahu wa Taala namun tampak begitu meyakinkan dan menarik perhatian khususnya kepada generasi muda yang amat sensitif dengan hak asasi dan kebebasan ini.

Manakala kelompok konservatif pula berpegang kepada konsep manusia tidak harus menentang suruhan Tuhan dan sentiasa menuruti doktrin agama dan adat tanpa sebarang soal serta intepretasi yang jelas. Daripada kacamata wanita, kelompok ini dilihat sentiasa menyebelahi pihak lelaki.

Di antara kemelut dua kelompok ekstrem ini, Islam mempersembahkan satu keseimbangan yakni wasatiyah yang perlu diketengahkan sebagai penyelesaian yang sejahtera.

Terdapat tiga pandangan yang dianggap pandangan yang sejahtera serta perlu ditekankan iaitu,

1. Mengiktiraf kepentingan peranan lelaki dan wanita.
2. Mengiktiraf prinsip kesaksamaan antara lelaki dan wanita menurut perspektif Islam.
3. Mengiktiraf dan memuliakan peranan lelaki dan wanita dalam pemantapan dan pengukuhan institusi keluarga sebagai tonggak masyarakat sejahtera.

Menyedari hal ini, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Wanita IKRAM Selangor pada Ahad lalu telah menganjurkan “Wacana Wanita IKRAM: Aspirasi Wanita Islam dalam Transformasi Umat Wasatiyah” di Hotel Universiti Teknologi MARA di sini.

wacana wanita ikram wacana wanita ikram

Lebih 200 peserta lelaki dan wanita telah menghadiri wacana yang dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ini. Kehadiran ini sebenarnya melebihi sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Kehadiran tetamu jemputan pula terdiri daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, wakil PERKIM, INSAF Malaysia, WIRDA, Persatuan Kebajikan An-Nida’, Sisters In Islam (SIS), Wanita PKR, Persatuan Wartawan Wanita Selangor dan beberapa wakil NGO yang lain.

Ucaptama dan dua kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga tokoh IKRAM dan masyarakat, dimulai dengan Ustazah Maznah Daud selaku Ketua Wanita IKRAM yang telah memberikan ucaptama yang mantap bertajuk “Aspirasi Wanita Dalam Transformasi Umat Wasatiyah”.

Antara intipati ucapan belia ialah kedudukan wanita sering dipersoalkan dalam banyak masyarakat manusia di dunia ini. Kalau dalam tamadun Greek, wanita dianggap hanya layak duduk di rumah dan diperdagangkan oleh lelaki, peribahasa Rusia pula mengatakan bahawa daripada 10 orang perempuan, hanya seorang sahaja yang mempunyai roh. Sementara itu dalam masyarakat Cina, terdapat peribahasa yang berbunyi, ‘Dengarlah kata-kata isterimu tetapi jangan percaya’.

Tetapi dalam Islam, Allah telah menjelaskan peranan dan kedudukan wanita ini dalam ayat pertama surah an-Nisa’ yang bermaksud,

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak…”

wacana wanita ikramSeterusnya para tetamu dan peserta diberikan beberapa pendedahan dan panduan yang amat bermanfaat tentang hak wanita sama ada selaku anak, isteri, ibu, pekerja atau ahli masyarakat oleh Prof Dr Najibah Md Zin dari Universiti Islam Antarabangsa. Semua perkongsian yang sangat bermakna ini telah dibentangkan melalui pembentangannya yang bertajuk, “Prinsip Kesaksamaan Lelaki dan Wanita Menurut Perspektif Islam”.

Pembentangan ketiga oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial IKRAM yang bertajuk, “Peranan Lelaki dan Wanita di dalam Pemantapan dan Pengukuhan Institusi Keluarga” pula banyak menyentuh konsep kekeluargaan termasuklah isu-isu yang berlaku dalam keluarga dan masyarakat. Antara masalah dan isu yang disentuh ialah isu kelahiran bayi luar nikah yang terus meningkat, isu pembuangan bayi dan lain-lain lagi yang menurut beliau berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga. Beliau turut memberikan definasi antara ibu tunggal dan ibu tinggal. Akhir sekali beberapa cadangan penyelesaian telah dikongsikan oleh beliau.

Wacana kemudiannya ditutup dengan sesi soal jawab dan edaran sijil kepada semua peserta yang hadir.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia