IRIS: 3,000 semarakkan akhir Ramadan

Diadakan di empat zon berbeza secara serentak di seluruh Selangor, pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah antaranya ceramah perdana, tazkirah, pameran, pelancaran buku, iftar, tarawih, tadarus dan qiamullail bagi menyemarakkan lagi hari-hari akhir Ramadan.

Menurut Pengarah IRIS 1438H, Ustaz Fathulrahim Temyati, himpunan sebegini dianjurkan bertujuan untuk menghidupkan malam-malam terakhir bulan Ramadan dengan ibadah dan meningkatkan keimanan dan kerohanian.

  

“Program ini juga dapat menjalinkan tautan ukhuwah dalam kalangan ahli IKRAM dan masyarakat serta memperkasakan aktivisme dakwah menuju negara rahmah,” jelasnya yang juga Timbalan Yang Dipertua IKRAM Selangor.

Tambah beliau, IRIS pada tahun ini diadakan di empat zon iaitu Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA (Zon 1), Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor (Zon 2), Masjid Bukit Indah, Ampang (Zon 3) dan Masjid Al-Makmur, Felda Gedangsa, Hulu Selangor (Zon 4).

Ustaz Fathulrahim turut mengharapkan supaya lebih ramai peserta terlibat dalam IRIS pada masa akan datang dalam kalangan bukan ahli IKRAM dan masyarakat setempat serta rakan-rakan sekerja.

  

IRIS pada kali ini telah mendapat penyertaan daripada pelbagai kelompok dan umur. Menurut Pengarah IRIS Zon 1, Ustaz Noorsyazly Rameli, penyertaan IRIS di Zon 1 dianggarkan 1,000 orang peserta.

“Yang datang, termasuklah mereka yang berkeluarga, pelajar-pelajar universiti dan sekolah,” katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

“Malah lebih daripada 100 orang yang bukan ahli IKRAM turut menyertai IRIS kali ini di sini.”

IRIS Zon 1 yang dianjurkan bersama IKRAM Kawasan Sepang, Subang Jaya, Hulu Langat, Kajang, Kuala Langat dan Putrajaya turut diisi dengan ceramah perdana Dr Mohd Daud Bakar, Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2014 yang bertajuk “Perubahan Ke Arah Yang Lebih Baik”.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia