IRIS 1445H: Hampir 9,000 Sertai Selangor Beriktikaf

SERI KEMBANGAN – Pejabat Exco Agama Islam Negeri Selangor, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) buat julung kalinya menganjurkan program Selangor Beriktikaf pada 30-31 Mac lalu.

Menurut Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, YB Dr Mohammad Fahmi Ngah, program ini melibatkan 19 masjid seluruh Selangor yang disertai oleh hampir 9,000 peserta daripada kalangan anak muda dan kanak-kanak.

“Kali ini kita hanya buat di 19 masjid sahaja tahun ini, dan kita bermula dari subuh hari ini dan akan habis pada subuh esok, dan kita penuhkan dengan pelbagai aktiviti,” kata beliau semasa merasmikan Selangor Beriktikaf di Masjid Bandar Seri Putra pada Sabtu.

Tambahnya, sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau bercadang agar program ini diadakan secara rasmi setiap tahun.

“Saya kira (program Selangor Beriktikaf) amat baik kerana kita meraikan malam pertama daripada 10 malam terakhir Ramadan.”

Beliau melahirkan keyakinan bahawa program sebegini dapat menjayakan matlamat menyatukan hati-hati dan itulah fungsi masjid sebagai tempat perpaduan dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor.

Dr Fahmi turut turun padang bersama menjayakan Selangor Beriktikaf di beberapa lokasi lain iaitu Masjid Gombak Utara dan Masjid As-Sobirin (AU5 Keramat), serta mewakilkan pembantunya, Ya Asrul Yaman Kijas di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Masjid UNITEN, Masjid Al-Quddus dan Masjid Ar-Raudhah. 

Program ini terbuka kepada semua masyarakat pelbagai lapisan bagi mengajak orang ramai untuk bersama-sama menghayati Ramadan dan mengimarahkan masjid dalam meningkatkan amalan keimanan dan kerohanian.

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan untuk semua golongan merangkumi orang dewasa, belia, kanak-kanak dan remaja. Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan merupakan slot Remaja dan Aulad Raikan Ramadan, forum Ramadan, berbuka puasa, solat fardu dan tarawih berjemaah, qiamulail dan beriktikaf serta kuliah subuh. 

Aktiviti-aktiviti lain mengikut kawasan antaranya tazkirah, tadarus, kelas tadabbur solat, pengurusan jenazah wanita, edaran bubur lambuk, saringan kesihatan dan agihan bantuan kepada yang memerlukan.

Program Selangor Beriktikaf dijadikan acara kemuncak Ihya’ Ramadan IKRAM Selangor (IRIS) 1445 H yang berlangsung sepanjang bulan suci ini di seluruh IKRAM Kawasan di Selangor. 

Program iktikaf tersebut dijalankan di 18 masjid sekitar Selangor pada 30-31 Mac lalu, manakala kawasan seperti IKRAM Bandar Baru Bangi melaksanakannya seminggu awal iaitu pada 23-24 Mac di Masjid Al-Umm.

Tema IRIS yang diangkat pada tahun ini selari dengan tema kempen Ramadan yang dilancarkan oleh IKRAM iaitu ‘Bangunkan Jiwa Takwa’ yang menekankan ‘wajibat’ (tugasan) Ramadan seperti iftar bersama, menggiatkan amalan bersedekah, khatam al-Quran, qiamulalil dan iktikaf di masjid.

Selain Selangor, IKRAM Negeri dan Kawasan di seluruh negara turut menganjurkan kempen Ramadan dengan pelbagai aktiviti termasuk program iktikaf di masjid pada 10 malam akhir Ramadan.

Semoga penganjuran program penghayatan Ramadan dan iktikaf ini mencapai objektifnya dan bermanfaat bagi komuniti tempatan di sekitarnya. Ayuh, bangunkan jiwa takwa!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia