Hadir mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam sidang media tersebut adalah Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM selain NGO KLSCAH, NIAT serta pelbagai NGO berbilang bangsa.
Dalam sidang media tersebut, Jawatankuasa IPPN ingin menarik perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada beberapa aspek dalam PPPM (PT) yang perlu disemak semula di samping mengiktiraf usaha kerajaan dalam membangunkan strategi-strategi dan inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam pelan tersebut.
Berikut adalah ulasan dan syor keseluruhan bagi pembaikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PendidikanTinggi) – PPPM (PT):
ULASAN-ULASAN
1. Walaupun PPPM (PT) menempatkannya sebagai perkara utama, aspek “keusahawanan” dalam PPPM (PT) agak mengelirukan. Matlamat utamanya ialah untuk menerapkan minat keusahawanan dalam diri pelajar-pelajar. Usaha ini seharusnyamenyedari hakikat bahawa tidak semua pelajar akan menjurus kepada bidangkeusahawanan. Ilmu pengetahuan dan pengembangannya tanpa tumpuan kepada perusahaan-perusahaan bisnes adalah salah satu ciri masyarakat membangun.
2. PPPM (PT) telah menjamin hak kerajaan untuk campur tangan dalam perjalanan Institusi Pendidikan Tinggi. Hak ini perlulah diseimbangkan dengan autonomi sesebuah Lembaga Pentadbir institusi-institusi berkenaan. IPT mampu mencapai kecemerlangan sekiranya mereka memiliki autonomi pentadbiran dan kebebasan akademik. KPM seharusnyamenjadi sebuah badan kawal selia/penggubal polisi langkah usaha akademik dalam negara.
3. Pencapaian dan amalan yang berasaskan merit adalah sesuatu yang amat bernilai dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik. PPPM (PT) seharusnya dilihat bersungguh-sungguh menyokong perkara ini.
4. PPPM (PT) dilihat tidak meletakkan pada tempatnya, peranan pelajar-pelajar sebagai pemegang taruh dalam IPT-IPT. Penglibatan para pelajar dalam reviu kurikulum utama, perancangan aktiviti akademik dan menyahkan undang-undang serta peraturan-peraturan yang tidak sesuai akan meningkatkan kebebasan, kreativiti dan innovasi mereka.
5. PPPM (PT) seharusnya mengambilkira kepelbagaian institusi pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) yang telah didirikan bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh pihak swasta. Melalui usaha yang menyeluruh ini, para pelajar akan dapat manfaat yang sepenuhnya dari pihak TVET kerajaan dan swasta.
6. Fokus PPPM (PT) dalam penstrukturan semula sistem kewangan dan pengurusan telah menegaskan peranan IPT awam berbanding swasta. Melalui pendemokrasian dan pengagihan kuasa pusat dalam sistem pendidikan negara, Malaysia mampu memperolehi banyak manfaat sebagai hub pendidikan internasional.
7. PPPM (PT) telah menggariskankepentingan pendidikan sepanjang hayat (LLL), tetapi pihak kerajaan masih gagal mengurus cabaran-cabaran asas seperti melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan memperuntukkan lebih banyak dana kepada pihak swasta bagi menggalakkan pendidikan sepanjang hayat (LLL).
8. Kepentingan dan kebolehlaksanaan pendidikan on-line telah diberi penekanan dalam PPPM (PT). Walau bagaimanapun, oleh kerana tahap kemampuan dalam pengurusan kemudahan-kemudahan berbeza-beza antara satu akademik dengan akademik lain, maka kelancaran penggunaan on-line juga berbeza-beza antara satu institusi dengan yang lain. Pembelajaran berpusatkan pelajar dan keperluan perhubungan pensyarah-pelajar seharusnya tidak dikorbankan dengan kekurangan-kekurangan yang dihadapi.
SYOR-SYOR
1. Penerapan kebolehan dan semangat keusahawanan seperti kreativiti, inovatif, berani mengambil risiko, pertanggungjawaban dan kebolehpercayaan adalah ciri-ciri yang pihak pemerintah perlu berikan penekanan berbanding latihan keusahawanan yang teknikal dan kaku. Semangat keusahawanan tidak boleh diajar tetapi ia boleh dipupuk dalam masyarakat yang memiliki budaya persaingan bisnes yang terbuka.
2. Kebebasan akademik dan autonomi institusi adalah elemen-elemen asas dalam pembentukan persekitaran sihat bagi kepelbagaian intelek, pembangunan kajian dan perkembangan ilmu pengetahuan yang tidak disekat oleh undang-undang dan peraturan-peraturan zalim. Semua pensyarah dan pelajar perlu mendapat manfaat daripada perkara ini.
3. Pengambilan ahli-ahli akademik berdasarkan merit tanpa mengambilkira kecenderungan politik, etnik, bangsa, kaum atau jantina hendaklah diamalkan. Pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa berdasarkan merit akan menggalakkan para pelajar bersaing dengan pelajar terbilang. Walaubagaimanapun, IPT-IPT hendaklah memiliki sebuah skim pengambilan pelajar dari latarbelakang yang kurang bernasib baik dengan syarat-syarat kemasukan yang lebih rendah bagi mereka. Ini bertujuan memastikan pergerakan sosial dan keadilan.
4. Autonomi kesatuan pelajar perlulah diwujudkan semula. Pihak kerajaan perlulah mengkaji semula dan memperbaiki undang-undang dan peraturan-peraturan zalim yang mengekang kebebasan bersuara dan berpersatuan. Para pelajar perlu dibenarkan untuk terlibat dan menyumbang dalam perancangan dan pembangunan IPT-IPT. Pihak berkuasa perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai dan pemberdayaan untuk pembelajaran bertujuan melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang kreatif, berwawasan, kritikal, bersemangat dan berpemikiran bebas.
5. Hendaklah diwujudkan kesedaran dan penglibatan awam yang lebih luas terhadap IPT-IPT termasuk industri-industri, NGO-NGO, badan-badan akademik dan pelajar. Ini adalah bagi memastikanpembangunan IPT-IPT yang lebih menyeluruh.
6. Pihak kerajaan hendaklah memberi subsidi kepada semua pelajar tempatan (rakyat Malaysia dan penduduk tetap) untuk pengajian pendidikan tinggi tanpa mengira samada IPT-IPT berkenaan milik kerajaan mahupun swasta. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa pengajianpendidikan tinggi adalah suatu hak asasi dan bukannya hak istimewa serta pendidikan merupakan manfaat awam.
7. Peranan pihak kerajaan juga adalah untuk menyediakan dana bagi kajian bersifat menyeluruh kepada IPT-IPT dalam semua bidang. Pihak kerajaan hendaklah memberi insentif-insentif kepada industri-industri dan syarikat-syarikat supaya mereka terlibat secara aktifdalam penyelidikan dan pembangunan di IPT-IPT.
8. Pihak kerajaan perlu memudahkan penubuhan bahagian pelaburan di IPT-IPT supaya membolehkan mereka mempelbagaikan usaha menambah pendapatan. Dalam jangka masa panjang, perkara ini akan mengurangkan tanggungjawab kewangan kerajaan kepada IPT-IPT.
9. Suatu badan tetap majlis kebangsaan pelbagai bangsa bagi TVET perlu ditubuhkan bagi menghapuskan polarisasi etnik dalam kalangan institusi-institusi TVET. Ahli majlis kebangsaan tersebut perlulah dari kalangan pemegang taruh pendidikan dan tugas mereka adalah untuk memantau dan menyelaras pembangunan pelbagai institusi-institusi TVET.
10. Satu badan kawal selia kebangsaan hendaklah ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras program pendidikan sepanjang hayat (LLL). Badan tersebut hendaklah merangkumi pemegang taruh pelbagai bangsa daripada syarikat-syarikat berkaitan, SME-SME, NGO-NGO di samping wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan, kementerian-kementerian dan IPT-IPT.
11. Pembelajaran Agam Terbuka On-line (MOOL) adalah suatu alat bagi mempercepatkan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, ia tidak sepatutnya digunapakai sebagai alat berdiri sendiri (stand alone). Ia hendaklah diterapkan dengan sesi bersemuka di pengajian pendidikan tinggi bertujuan memastikan para pelajar dapat merasai intipati pendidikan holistik.
Sumber: http://on.fb.me/1BW7MB9
Foto Sidang Media: http://on.fb.me/1LGXvfu