International Eco Nature Run ke-7 Secara Hibrid

International Eco Nature Run ke-7 Secara Hibrid | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Larian International Eco Nature Run kali ketujuh pada tahun ini bakal dilaksanakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan maya.

Untuk bersemuka, larian sejauh enam kilometer ini akan diadakan pada 16 September 2023 di MAEPS Serdang, manakala larian secara maya boleh dilakukan pada 15 Ogos hingga 15 September 2023.

International Eco Nature Run merupakan program tahunan anjuran Sektor Kokurikulum IKRAM MUSLEH dan Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH).

Acara larian bersemuka dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita dengan enam peringkat umur iaitu bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 15 tahun, bawah 18 tahun, terbuka (19 – 45 tahun) dan terbuka veteran (46 tahun ke atas).

Para peserta yang telah mendaftar akan menerima baju kemeja-T larian, pingat, dan sijil atau e-sijil (larian maya).

Lebih menarik, para peserta larian secara bersemuka berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi pelbagai hadiah yang jumlahnya bernilai lebih RM10,000.

Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia, mereka yang berminat untuk mendapatkan info dan mendaftar acara larian ini boleh melayari pautan berikut:

https://econaturerun23.krsmusleh.com/. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia