Inisiatif JaminKerja bantu turunkan kadar pengangguran

SERI KEMBANGAN – Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu.

 

Karnival ini dilihat sebagai inisiatif untuk membantu menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat yang masih berdepan dengan kadar pengangguran tinggi ketika pandemik Covid-19.

 

“Kadar pengangguran yang masih tinggi menjadi antara krisis besar perlu ditangani kerajaan dengan segera,” kata Presiden Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM), Datuk Muzamir Mustafa ketika berucap di karnival tersebut.

 

Beliau berkata, penganjuran karnival ini memang tepat terutamanya untuk mereka yang dibuang kerja akibat impak pandemik Covid-19 dan juga kepada graduan yang baru sahaja bergraduasi.

 

“Ditambah pula baru-baru ini, hampir semua institusi pengajian tinggi (IPT) melaksanakan majlis konvokesyen. Ini sahaja sudah berpuluh ribu graduan yang sedang menunggu dan memohon pekerjaan dan ini adalah peluang terbaik bagi golongan pencari kerja.”

 

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut diberi peluang membantu kerajaan menggerakkan Karnival Kerjaya JaminKerja pada tahun ini.

 

“Ini supaya inisiatif kerajaan tersebut dapat merangkumi semua lapisan masyarakat, sekali gus dapat mengurangkan jumlah pengangguran dalam negara.”

 

“Jika kerajaan nak buat ikut zon mungkin ada kekangan, jadi saya berpandangan kerajaan boleh berbincang dengan beberapa NGO untuk bantu meluaskan usaha ini secara menyeluruh,” jelas beliau.

 

Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang berlandaskan konsep ‘jobs guarantee’ mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran negara.

 

Terdahulu, pelbagai aktiviti termasuk kaunseling kerjaya, sesi temu duga bersama majikan serta bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional iaitu MYFutureJobs disediakan kepada orang ramai yang menghadiri Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia