Inilah Islam yang rahmah

“Apa yang puan mahu? Adakah puan mahu dia berhenti daripada berpuasa dan solat malam?” tanya Umar. Wanita itu tidak meneruskan bicaranya. Dia pulang dengan hampa. Kemudian dia datang lagi kali kedua. Hasilnya sama.

 

Dia datang lagi kali ketiga. Ketika itu Ka’ab bin Sur ada di sisi Umar RA. “Sesungguhnya suamiku berpuasa setiap hari dan qiam sepanjang malam,” kata wanita itu.

 

Ka’ab menyatakan pandangannya kepada Umar bahawa wanita itu sebenarnya mengadu bahawa suaminya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Dia sebagai isteri tidak mendapat haknya yang wajar. (Kita bayangkanlah, bilakah masa dia melayani isterinya kalau setiap hari berpuasa, malam pula diisi dengan ibadah sepenuhnya?)

 

Mendengar pandangan yang dikemukakan oleh Ka’ab, maka Umar memberi peluang kepada Ka’ab supaya menyelesaikan masalah wanita itu dengan suaminya.

 

Ka’ab meminta supaya wanita itu mengajak suaminya datang bersama dengannya. Apabila mereka berdua datang, Ka’ab membacakan keputusannya di hadapan mereka berdua dan disaksikan Umar.

 

Ka’ab berkata kepada suami wanita itu: “Kamu hendakalah membuat giliran untuk isterimu satu kali daripada setiap empat malam!” Maksudnya si suami hendaklah beribadah selama tiga malam. Pada malam keempat, dia mesti menunaikan hak isterinya.

 

Umar kagum dengan apa yang diputuskan oleh Ka’ab. Beliau bertanya, “Apakah yang menjadi asas kepada hukumanmu, wahai Ka’ab?”

 

Ka’ab menjelaskan bahawa Allah Taala mengharuskan lelaki berkahwin empat, tidak lebih daripada itu. Ini memberi gambaran bahawa setiap orang isteri mesti diberikan haknya sekali dalam setiap empat malam. Maka Umar RA  terus melantik Ka’ab menjadi Qadhi di Basrah.

 

Itulah gambaran betapa indah ajaran Islam yang penuh rahmah. Seorang wanita biasa berani datang mengadu masalah rumah tangga kepada pemimpin terrtinggi negara tanpa sebarang halangan dan sekatan. Namun dengan sifat semula jadi wanita yang sopan dan malu, dia tidak berterus terang dengan masalah yang dialaminya.

 

Khalifah Umar RA yang bijaksana dan adil, tidak bermakna dapat menyelami semua perkara yang tersirat di sebalik apa yang tersurat. Beliau tidak memahami apa sebenarnya yang ingin diluahkan oleh rakyatnya.

 

Namun dia tidak mengabaikannya. Sebaliknya mendengar pandangan yang diberikan oleh pegawainya, Ka’ab serta memberi peluang kepada Ka’ab yang pada pemerhatiannya lebih memahami psikologi rumah tangga serta komunikasi suami isteri.

 

Dan ternyata Ka’ab dapat membuktikan kefahamannya yang mendalam tentang ajaran al-Quran, Kitab Allah yang Maha Sempurna. Semoga kita semua diberi hidayah dan taufik untuk kembali kepada al-Quran, memahami dan menghayatinya.

 

Ditulis oleh Ustazah Maznah Daud

Sumber kisah: Al-Isti’ab fi Ma’rifat al-Ashab

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia