Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) bagi tahun 2023 telah mencatatkan skor 7.24, berbanding skor 6.47 pada tahun 2022 dan 6.09 pada tahun 2021 dengan lapan ciri menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan.
Ciri-ciri IMNR yang berteraskan nilai mempunyai banyak persamaan dan saling berkait dengan gagasan Malaysia MADANI. Dapatan IMNR memberi gambaran positif dalam hasrat kerajaan untuk membangunkan Malaysia berteraskan konsep MADANI.
Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 telah dijalankan di seluruh negara dari bulan September hingga November 2023. Kajian ini melibatkan 3,192 responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya SPM. Kajian telah dijalankan menggunakan persampelan berstrata.
Hasil kajian ini menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi Ciri-ciri Negara Rahmah bagi tahun 2023 berada pada skor 7.24 daripada 10 iaitu pada tahap ‘Sederhana’.
Ciri-ciri yang mendapat skor tertinggi ialah Ciri 6 Institusi Keluarga yang Utuh (7.98), Ciri 12 Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejagat (7.93) dan Ciri 5 Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang (7.72).
Namun, Ciri 9 Agihan Kekayaan yang Saksama (6.14), Ciri 8 Ekonomi yang Mampan (6.84) dan Ciri 3 Tadbir Urus yang Baik (6.86) mendapat skor yang paling rendah.
Penemuan menarik bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022 adalah peningkatan ketara untuk skor untuk Ciri 12 Kesejahteraan Sejagat (1.27), Ciri 3 Tadbir Urus Yang Baik (1.18) dan Ciri 1 Kepimpinan Yang Kompeten dan Berintegriti (1.07). Sebaliknya, Ciri 7 Hubungan Etnik dan Penganut Agama menguncup dengan penurunan skor sebanyak 0.27 dari 7.40 pada tahun 2022 ke 7.13 pada tahun 2023.
IKRAM berpandangan Indeks Malaysia Negara Rahmah memberi gambaran yang menyeluruh terhadap pencapaian usaha-usaha semua pihak dalam membangunkan Malaysia MADANI. Dapatan indeks ini dapat membantu dan memacu mencapai aspirasi negara.
Pertubuhan IKRAM Malaysia
[English Version]
Media Statement
2023 Malaysia Negara Rahmah Index: Encouraging Increase in Score
The Malaysia Negara Rahmah Index (IMNR) for the year 2023 recorded a score of 7.24, as compared to 6.47 in 2022 and 6.09 in 2021 with eight attributes showing encouraging increase in scores.
The value-based attributes of IMNR have many similarities and are interrelated with the MADANI framework. The IMNR findings leave a positive impression of the government’s aspiration to develop Malaysia.
The Malaysia Negara Rahmah Index 2023 study was conducted across the country from September to November 2023. The study involved 3,192 respondents consisting of Malaysians of various races, aged 18 and above with a minimum education level of SPM. The study was conducted using stratified sampling.
The results of this study indicate that the overall achievement of the index for the year 2023 is at a score of 7.24 out of 10, which is at the ‘Moderate’ level.
Attributes attaining the highest scores are Attribute 6 Strong Family Institution (7.98), Attribute 12 Spearheading Global Peace and Humanitarian Effort (7.93) and Attribute 5 A Knowledgeable, Civil and Compassionate Society (7.72).
However, Attribute 9 Equitable Distribution of Wealth (6.14), Attribute 8 Sustainable Economy (6.84) and Attribute 3 Good Governance (6.86) attained the lowest scores.
An interesting finding for 2023 compared to 2022 is a remarkable increase in scores for Attribute 12 Spearheading Global Peace and Humanitarian Effort (1.27), Attribute 3 Good Governance (1.18) and Attribute 1 Competent and Accountable Leadership (1.07). On the other hand, Attribute 7 Harmonious Ethnic and Religious Relations contracted with a decrease in score of 0.27 from 7.40 in 2022 to 7.13 in 2023.
IKRAM is of the opinion that the Malaysia Negara Rahmah Index provides a comprehensive assessment of all stakeholders’ efforts in developing Malaysia MADANI. The findings of this index can facilitate and drive the aspiration of the nation.
Pertubuhan IKRAM Malaysia