IMNR 2023: IKRAM Anjur Diskusi Bersama Pakar

KEMBANGAN – Pada 18 dan 19 April lalu, sebuah Perbincangan Kumpulan Fokus atau Focus Group Discussion (FGD) telah berlangsung secara dalam talian untuk membincangkan Laporan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 (IMNR’23).

FGD ini merupakan platform di mana pakar-pakar dari pelbagai bidang berkumpul untuk mendengar dapatan laporan IMNR’23 dan seterusnya pakar-pakar ini memberi ulasan dan pandangan berkenaan laporan tersebut. Antara pakar yang menghadiri FGD ini ialah:

  1. Dato’ Dr Madeline Berma – Felo Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA)
  2. Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz – Pensyarah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  3. Prof Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid – Timbalan Pengarah, Institut Kajian Etnik (KITA)
  4. Pn Hamidah Hassan – Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Prof Dr Sivamurugan Pandian – Pensyarah Antropologi dan Sosiologi, Universiti Sains Malaysia
  6. Pn Nathrah Mohammed Said – Penolong Pengarah Bahagian Strategik YADIM
  7. Dr Sh Mohd Saifuddeen Sh Mohd Salleh – Pengarah Penyelidikan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  8. Prof Emeritus Dr Jamal Othman – Presiden, Akademi Profesor Malaysia
  9. Tn Hj Ahmad Mu’az Mohd Nawawi – MAHA Lawyers

Mereka juga memberi pandangan dan ulasan tentang perkaitan peristiwa penting atau isu semasa yang relevan dengan hasil dapatan kajian.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) juga mendapat pelbagai cadangan penambahbaikan untuk kajian IMNR yang akan datang.

Ramai dalam kalangan pakar yang hadir menggesa supaya IKRAM membawa dapatan laporan yang baik ini ke peringkat kerajaan untuk mengukur usaha negara ke arah pembinaan negara rahmah.

IKRAM merakamkan jutaan terima kasih kepada pakar-pakar yang hadir dan mengharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir Naib Presiden IKRAM, Prof Dr Hanim Salleh, Ahli JKP Hj Ainullotfi Abdul Latif, Dr Sabariah Baharun dan Pengarah Eksekutif KADRI Dr Mustafa Din Subari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia