IMNR 2023 Catat Skor Indikator Kesihatan Lebih Baik

PETALING JAYA – Indeks Malaysia Negara Rahmah merupakan satu indeks yang baik dan dapat dijadikan satu ukuran untuk melihat sejauh mana pencapaian negara atas usaha semua pihak dalam mencapai kesemua 12 ciri seperti terkandung dalam Ciri Malaysia Negara Rahmah.

Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Hj Mohammad Faisal Ismail yang mewakili Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sedemikian dalam sesi ucapan pelancaran buku Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 (IMNR ’23) yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada Selasa di sini.

Faisal mengatakan bahawa pengukuran pencapaian dari persepsi rakyat ini penting dan sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam mencapai Malaysia MADANI.

Merujuk kepada IMNR ’23, beliau memberitahu ciri nombor 11 iaitu Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara terkait dengan skop Kementerian Kesihatan.

“Ciri ke-11 ini mencatatkan skor 7.60 iaitu kedudukan keempat tertinggi, dengan lonjakan daripada 6.50 (2021) dan 6.51 (2022), ” ujarnya.

Mengulas lanjut, Faisal menjelaskan indikator yang terkait secara langsung di bawah ciri 11 ini ialah ‘Kesihatan Rakyat yang Terjamin’, yang mendapat skor tertinggi 7.75 berbanding dua lagi indikator yang lain.

“Tiga item yang diukur di bawah indikator ini adalah: i. Dasar kesihatan kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat; ii. Setiap rakyat mendapat rawatan kesihatan yang baik; dan iii. Setiap rakyat berpeluang mendapat rawatan pakar untuk semua jenis penyakit,” kata beliau dalam ucapannya.

Menurutnya, hasil dapatan ini menunjukkan tahap sistem kesihatan di Malaysia berada di tahap sederhana (4.00-7.99), namun telah meningkat ke aras yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya, hasil usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan pelbagai pihak.

Seterusnya Faisal memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan telah membentangkan Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada 15 Jun 2023 yang lalu.

“Kertas Putih Kesihatan adalah dokumen dasar reformasi kesihatan negara yang menggariskan cabaran utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan serta mengemukakan cadangan penyelesaian secara berfasa dalam tempoh 15 tahun merangkumi aspek penyampaian, promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, pembiayaan kesihatan, serta tadbir urus demi memastikan sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.”

Faisal menerangkan bahawa Kertas Putih Kesihatan telah menggariskan lima aspirasi, selari dalam konteks Malaysia MADANI iaitu Negara yang sihat, sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat, sistem kesihatan yang berdaya tahan dan responsif, ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif, serta sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan oleh semua.

“Terdapat tujuh cabaran dalam aspek kesihatan yang secara tidak langsung memberi impak terhadap usaha kita dalam mencapai negara MADANI atau negara rahmah,” jelas beliau.

Menurutnya, cabaran-cabaran tersebut ialah Ini adalah beban penyakit berganda, masalah kesihatan mental, peningkatan jumlah warga emas di Malaysia, kurang penekanan kepada kaktor penentu sosial untuk kesihatan, kekangan pembiayaan kesihatan, kekangan sumber manusia, fasiliti kesihatan dan peralatan perubatan, perubahan iklim dan kemerosotan kesihatan planet.

Faisal menegaskan bahawa semua cabaran ini perlu diberi perhatian dengan teliti untuk mencapai matlamat Malaysia MADANI atau negara rahmah yang diinginkan.

Tambahnya, perlu ada aspek rahmah dan ihsan dalam mengenal pasti penyelesaian kepada setiap cabaran ini tanpa mengetepikan kesejahteraan rakyat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia