Iktiraf ahli farmasi sebagai pasukan barisan hadapan

“Sepanjang pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lalu, terdapat beberapa insiden tidak diingini berlaku membabitkan beberapa ahli farmasi atau pengusaha farmasi swasta, hanya disebabkan salah faham pihak berkuasa terhadap peranan mereka.”

 

Beliau berkata, saranan itu dibuat susulan banyak pihak memandang rendah sumbangan atau peranan ahli farmasi kepada masyarakat termasuk ahli farmasi yang bekerja dengan pusat perubatan dan hospital kerajaan.

 

“Kerjasama pihak berkuasa yang menjalankan sekatan jalan raya sepanjang PKP di seluruh negara juga sangat diharapkan bagi memudahkan ahli farmasi melalui akses laluan kecemasan untuk ke tempat kerja,” ujar beliau lagi.

 

Tambahnya lagi, menghormati keperluan kerajaan, pihak persatuan sendiri turut menasihati semua ahli farmasi menyiapkan dokumen-dokumen diperlukan termasuk surat pengesahan ahli farmasi untuk memudahkan rujukan pihak keselamatan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

 

“Kadangkala perkara ini berlaku disebabkan kegagalan pihak berkaitan memahami skop pelaksanaan PKP oleh kerajaan secara keseluruhan di mana perkhidmatan farmasi terpilih sebagai salah satu perkhidmatan perlu (essential) sejak PKP fasa pertama lagi.”

 

Menurutnya, ramai yang tidak menyedari ahli farmasi dan pengusaha farmasi swasta juga bertungkus lumus memastikan orang awam menerima alternatif bekalan perubatan diperlukan selain hospital dan klinik bagi penyakit tidak berkaitan COVID-19.

 

“Saya fikir sudah tiba masanya semua pihak buka mata terhadap kepentingan perkhidmatan farmasi atau ahli farmasi di negara ini agar peranan mereka turut diiktiraf setaraf petugas kesihatan lain,” tegasnya.

 

Beliau turut berharap agar kerajaan dapat memberi penerangan kepada agensi berkaitan terhadap kepentingan peranan ahli farmasi atau pengusaha farmasi swasta bagi mengelakkan kumpulan itu terus diberikan layan ‘double standard’.

 

“Sebelumnya, pada minggu lalu terdapat kes di Teluk Intan, Perak apabila beberapa pelanggan sebuah farmasi diusahakan ahli persatuan ditegur pihak berkuasa hanya disebabkan mereka sedang menunggu di luar untuk masuk ke premis itu.

 

“Dalam pada itu, pihak berkenaan sewajarnya memahami setiap premis farmasi beroperasi perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan bilangan pelanggan dibenarkan berada dalam premis perlu terhad selain amalan penjarakan sosial.

 

“Terbaru, pagi ini seorang ahli farmasi yang bertugas di Hospital Sungai Buloh dinafikan akses melalui laluan kecemasan yang dikhaskan kepada frontliners sewaktu melalui rutin sekatan jalan raya hanya disebabkan beliau ahli farmasi dan bukan doktor atau jururawat hospital berkenaan.”

 

Walaupun insiden itu lebih kepada masalah komunikasi, namun pihak persatuan kesal dengan kegagalan berterusan agensi kerajaan mengiktiraf peranan ahli farmasi sebagai petugas barisan hadapan yang turut membantu menangani pandemik koronavirus (COVID-19).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia