Iktibar kematian tragis Adam Rayqal

Wanita IKRAM merakamkan rasa dukacita dan sedih di atas kejadian tragis kematian Adam Rayqal (5 bulan) , anak kepada pasangan Mohd Sufi Naeif dan Pn Farrah Madihah Othman pada 3 Julai 2018. 

Kehilangan anak ini yang pada awalnya dilaporkan oleh pengasuhnya telah diculik oleh lelaki yang tidak dikenali berakhir dengan penemuan mayat beliau di bahagian sejuk beku peti sejuk rumah pengasuhnya. Hasil bedah siasat ke atas bayi comel ini mendapati kesan retakan pada tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan bahagian sebelah kanan kepala.

Wanita IKRAM mengucapkan takziah kepada kedua ibubapa Adam Rayqal dan mendoakan semoga kedua ibu ayah Adam Rayqal diberi kesabaran dan tabah menghadapi ujian yang amat berat ini. 

Tragedi yang amat mendukacitakan ini perlu diambil iktibar oleh semua ahli masyarakat bagi memastikan ianya dicegah daripada berulang kembali. Siasatan terperinci serta hukuman setimpal wajar dikenakan kepada pelakunya.

Wanita IKRAM dengan ini menyeru supaya:

1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mewajibkan semua pengasuh samada yang bekerja di pusat pengasuhan atau taska dan pusat jagaan di rumah pesendirian menjalani kursus pengasuhan dan memiliki sijil kelayakan yang diiktiraf oleh jabatan yang berkaitan.

2. Semua pengasuh samada di taska atau pengasuh di rumah persendirian perlu didaftarkan dan wajib menjalani ujian kesihatan fizikal dan mental terlebih dahulu. Hanya mereka yang melepasi ujian ini sahaja layak didaftarkan dan dibenarkan berkhidmat sebagai pengasuh di pusat pengasuhan atau di rumah persendirian.

3. Penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pusat-pusat asuhan dan rumah persendirian perlu terus dipertingkatkan dari masa ke masa bagi memastikan keadaannya selamat dan mematuhi syarat kelulusan dan pendaftaran.

4. Para ibu bapa perlu menyelidik dan memastikan anak-anak mereka hanya di hantar ke pusat asuhan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh persendirian perlu menyelidik latar belakang pengasuh tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar anak masing-masing.

5. Penubuhan taska di tempat kerja sebagai kemudahan kepada para pekerjanya perlu terus dipertingkatkan.
Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita bersama. Sebarang penganiayaan terhadap kanak-kanak adalah tidak dapat dibenarkan sama sekali.

DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia