Iktibar hijrah untuk insan

Iktibar yang terdapat pada peristiwa Hijrah Nabawiyyah bukan sahaja menjadi pengajaran bagi umat Muhammad SAW tetapi ia menjadi inspirasi kepada semua manusia yang memahaminya.

 

Dalam kamus bahasa Arab Mu’jam al-Ma’ani, istilah hijrah bermakna berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan menetap di tempat yang baharu itu.

 

Apabila kita bercakap tentang Hijrah Nabawiyyah, ia merujuk khusus kepada perpindahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Yathrib, kota yang kemudian dikenali sebagai Madinatun-Nabi atau Madinah al-Munawwarah.

 

“Dan mereka yang berhijrah kerana ALLAH sesudah mereka dizalimi, Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempat yang baik; dan sesungguhnya pahala lebih besar di akhirat, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah an-Nahl (Lebah) 16: 41)

 

Pembahagian hijrah

 

Seperti disebut oleh siri Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, makalah nombor ke-38 pada 13 Oktober 2015, Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah (Ensikopedia Fiqh) membahagikan hijrah kepada beberapa jenis:

 

1. Hijrah pertama ialah hijrah para sahabat Rasulullah SAW dari Makkah ke Habsyah.

 

2. Hijrah kedua ialah hijrah Rasulullah dan Saidina Abu Bakr as-Siddiq RA dari Makkah ke Madinah.

 

3. Hijrah ketiga ialah hijrah pelbagai kabilah kepada Nabi Muhammad SAW untuk mempelajari hukum syarak, sebelum mengajar kepada kaum mereka.

 

4. Hijrah keempat iaitu hijrah bagi sesiapa yang memeluk Islam dalam kalangan penduduk Makkah kepada Nabi SAW.

 

5. Hijrah kelima ialah sesiapa yang berhijrah daripada segala larangan ALLAH.

 

Sirah Ibn Ishaq mencatatkan bahawa hijrah pertama para sahabat Nabi Muhammad SAW ke kerajaan Kristian Aksum di Habashah (Ethiopia dan Eritrea moden) ialah pada tahun ketujuh sebelum Hijrah Nabi (615 M).

 

Kerajaan ini dipimpin oleh Najashi yang bernama Ashama ibn Abjar; dan 11 orang lelaki serta empat orang wanita Muslim berada dalam kumpulan pertama ini.

 

Kumpulan hijrah kedua pula berlaku pada tahun keenam sebelum Hijrah Nabi (616 M) dan terdiri daripada 83 lelaki dan 18 wanita.

 

Juga dicatatkan bahawa beberapa orang sahabat seperti Sa’d ibn Abi Waqqas tidak kembali ke Makkah tetapi terus belayar ke Asia Timur untuk berdakwah.

 

Ini sekali gus mengemukakan hujah bahawa para sahabat Rasulullah SAW yang membawa Islam ke Timur Jauh sampai di Nusantara pada zaman Baginda.

 

Ini kerana pelayar Arab mestilah transit di utara pulau Sumatera atau Kedah Tua sebelum menyusur pantai semenanjung Melayu untuk sampai ke negara China.

 

Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi telah mengubah bukan sahaja keadaan siasah di Jazirah Arabiyyah, tetapi juga seluruh dunia dan membezakan antara era Makkiyyah dengan era Madaniyyah.

 

Sewaktu perjalanan Hijrah yang amat sukar itu, seorang penunjuk jalan bukan Muslim bernama ‘Abdullah ‘Uraiqit yang diupah oleh Abu Bakr as-Siddiq RA telah memegang amanah dan menyimpan rahsia.

 

Ini merupakan sejenis ukhuwah insaniyyah antara dua pihak yang berlainan agama.

 

Hijrah Nabawiyyah telah menukar landskap sosiopolitik serta memberi makna yang baharu bagi ranah psikospiritual dalam Islam:

 

1. Islam menjadi agama yang kamil serta satu cara hayat; dan bukan hanya sebagai ritual ibadat.

 

2. Dari posisi kelemahan, umat Islam menjadi kuat dan menjadi sebuah kuasa dunia yang mempunyai kepimpinan pusat yang perkasa.

 

3. Kumpulan mukminin dan mukminat yang kecil menjadi sebuah negara Islam yang dihormati dan digeruni.

 

4. Dakwah yang digerakkan dari Madinah mencapai ke banyak daerah dan kuasa seperti Farsi, Mesir dan Empayar Bizantin (Rum Timur).

 

Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ialah Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia.

Artikel ini diterbitkan oleh Sinar Harian pada 9 Ogos 2021.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia