Pengerusi IKRAMTeens, Sdr Shahidan berada di kaki bukit seawal 8.00 pagi menyambut ketibaan peserta. Semua peserta dikehendaki melakukan senaman regangan otot sebagai latihan ‘pemanas badan’ sebelum mendaki bukit.
Pendakian curam yang mencabar ini bermula pada jam 9.00 pagi melalui Denai Hutan Cherok To’kun sejauh 3.4 km dan berjaya sampai ke stesen 3 puncak bukit sejam selepasnya. Pendakian diketuai oleh Sdr Khairil Azhar Karim, Setiausaha Kerja IKRAMTeens Pulau Pinang.
Sepanjang pendakian, peserta menghayati kebesaran Allah dengan nyanyian burung-burung, serangga eksotik serta keindahan pemandangan hutan rimba. Peserta kembali ke kaki Bukit Mertajam pada 11.00 pagi. Di kaki bukit peserta dikehendaki untuk melakukan senaman ‘cooling down’ selepas pendakian, sebelum bersurai pada 11.30 pagi.
Sebagai bonus pendakian, peserta bermandi manda di kolam air di taman rimba tersebut untuk menyegarkan kembali keletihan selepas pendakian. Semoga remaja bersemangat kental menghadapi cabaran, bukan sahaja di bukit tetapi dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Tahniah kepada ‘Remaja Tawan Bukit’!
Gambar ihsan: Abu Siddiqiey