IKRAMedia lebar jaringan ke Indonesia

Rombongan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM (IKRAMedia), Hj Mahdzir Md Isa turut membawa bersama beberapa orang AJK IKRAMedia Pusat yang mewakili unit-unit penerbitan, media sosial, TV.IKRAM, sokongan teknikal, wakil Risalah Harmoni Sdn Bhd, wakil Media Wanita IKRAM serta wakil IKRAM Siswa. Media Wanita IKRAM diwakili Pengerusinya, Dr Hafidzah Mustakim yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita IKRAM.

Ketua Delegasi Lawatan adalah Timbalan Pengerusi IKRAMedia, Prof Madya Mohamad Saidy Ismail manakala Pengarah Lawatan Wan Mohd Zukri Che Mat Zin. Turut menyertai rombongan adalah Setiausaha IKRAM Kelantan, Hj Che Rahimi Samat.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi Khamis ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta itu mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Sebaik sahaja mendarat, rombongan disambut oleh Pak Dikie Mukoddas, sahabat kepada Wan Mohd Zukri yang banyak membantu menjayakan keseluruhan misi ini.

Hari pertama dimulai dengan lawatan ke pejabat Majalah Ummi di Jawa Timur. Rekabentuk kulit majalah yang mirip majalah Ummi yang popular di Malaysia pada suatu ketika dulu itu rupa-rupanya memang terlahir daripada ilham versi Malaysia tersebut yang diterajui oleh Prof Madya Mohamad Saidy sendiri selaku Ketua Editornya pada 1988.

Majalah Ummi mula diterbitkan di Indonesia pada 1989 dan bertahan sehingga kini, malahan bertambah mantap perkembangannya. Direktor Utamanya, Dewi Septiwati menjelaskan, antara faktor utama yang dapat mengekalkan kelangsungan Ummi di tengah masyarakat adalah pemilihan rubrik (ruangan) yang tepat dan mudah diterima umum, khususnya sudut kekeluargaan.

Edaran Majalah Ummi sebanyak 35,000 naskhah sebulan sekarang sudah cukup menjadikannya majalah keluarga Islam nombor satu di Indonesia, atau tempat kedua di belakang majalah Ayah Bonda jika kategori majalah keluarga umum dijadikan ukuran.

Warga kerjanya yang berjumlah 52 orang bersyukur dan gembira kerana Majalah Ummi kini menjadi perhatian syarikat-syarikat perniagaan untuk mengiklankan produk mereka, bahkan ada yang berpendapat perniagaan mereka belum cukup ‘sempurna’ selagi belum dapat diiklankan dalam Majalah Ummi. Hal ini mungkin benar kerana dengan menyasarkan konten majalah ini untuk tatapan keluarga, senaskhah Majalah Ummi secara purata dibaca oleh lima orang.


Kunjungan ke stesen Radio Elnury pada sebelah petang pula memberikan kepuasan berlainan kepada semua peserta. Stesen radio yang sudah dirancang lama ini hanya dapat dilancarkan pada 2014 di Kota Bekasi Jawa Barat, namun ia semakin mendapat tempat di hati pendengar. Respons yang baik daripada masyarakat mendorong Elnury untuk meluaskan lagi jangkauan pemancarannya daripada 1,000 Watt sekarang kepada 10,000 Watt, yang dijangka akan meliputi kawasan hingga ke utara Sumatera dan Papua New Gunea. Stesen ini kini dalam proses untuk berpindah ke premis baharu yang lebih besar dan lengkap tidak jauh dari lokasinya kini.

Peserta rombongan teruja menyaksikan konti Elnury yang meskipun ringkas namun cukup berfungsi. Sebelum dibawa melihat dan bergambar di konti penyiar bertugas ketika itu, DJ Rudy, sesi taklimat yang diketuai penaung Elnury, Ustaz Kodar Samad mencetus inspirasi buat IKRAMedia untuk satu hari nanti memulakan inisiatif serupa di Malaysia.

Selepas Isyak, rombongan IKRAMedia kemudiannya bertolak ke Hotel Alqueby, Bandung untuk melepas lelah sebelum meneruskan misi hari kedua mereka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia