IKRAM Ucap Takziah Kepada Keluarga Nahas MH370

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga nahas MH370 setelah mendapat pengesahan rasmi bahawa penemuan serpihan kapal terbang di Reunion Island baru-baru ini adalah dari pesawat tersebut. Marilah kita rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar keluarga mangsa nahas MH370 tabah dan sabar menerima hakikat tragedi pahit yang berlaku pada 8 Mac 2014 yang lalu. Untuk mangsa nahas, kita doakan agar mereka dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah SWT.

IKRAM juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada “Joint Agency Coordination Centre (JACC)” yang telah bertungkus lumus berusaha di dalam misi mencari MH370 tersebut. Semangat kerjasama dan usaha yang tidak mengenal lelah dalam pencarian yang paling sukar dalam sejarah penerbangan negara tersebut seharusnya diberikan penghargaan yang sewajarnya.

IKRAM berharap usaha pencarian baki bangkai kapal terbang MH370 dan mengenalpasti lokasi terhempas serta punca tragedi tersebut dapat dipercepatkan. Moga jawapan sebenar punca tragedi tersebut berjaya diperolehi dalam masa terdekat. 

Dalam masa yang sama, IKRAM berharap segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku rentetan dari nahas MH370 ini dapat diperbaiki dan ditambah baik dengan kadar segera. Adalah menjadi satu tanggungjawab besar kepada pihak berkuasa khasnya kementerian dan agensi yang berkaitan untuk mengenalpasti sebarang kelemahan dalam menangani tragedi tersebut supaya perkara yang sama tidak berulang dan dapat dielakkan pada masa hadapan.

IKRAM juga berdoa agar negara Malaysia dan rakyatnya terus-menerus dirahmati dan dilindungi oleh Allah dari sebarang nahas dan tragedi lagi selepas ini.  Moga semua pemimpin dan rakyat terus berusaha menjadikan negara ini sebuah negara yang mendapat rahmat dari Yang Maha Pencipta selari dengan anjuran al-Quran yang berbunyi:

“…Sekiranya penduduk negeri-negeri itu  beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (al-‘A’raaf: 96)

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia