IKRAM ucap tahniah atas pemilihan Malaysia ke Majlis Keselamatan PBB

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Malaysia serta seluruh rakyat negara ini atas pemilihan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia kini menjadi satu-satunya wakil rantau Asia selain China yang berada dalam kedudukan penting dalam arena politik antarabangsa. Ini bukanlah kali pertama negara kita menduduki kerusi ini kerana sebelum ini Malaysia pernah menjadi wakil tidak tetap di PBB pada tahun 1965, 1989-1990 dan 1999-2000.

Semasa Malaysia di kerusi tersebut,  Malaysia telah memainkan pelbagai peranan besar dalam mengekalkan keamanan global melalui penglibatan aktif dalam Majlis Keselamatan PBB bagi menyelesaikan konflik di seluruh dunia.

IKRAM berpendapat, pembabitan aktif Malaysia di pentas antarabangsa membuktikan penghargaan dunia ke atas peranan Malaysia. Menurut Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Malaysia mempunyai lima peranan besar dalam Majlis Keselamatan PBB:

1. Malaysia akan mempromosikan nilai kesederhanaan (moderasi) pada peringkat global.

2. Malaysia juga akan terus mendesak penggunaan kaedah diplomasi berbanding ketenteraan dalam penyelesaian konflik.

3. Malaysia akan terus mendukung usaha-usaha keamanan.

4. Malaysia akan membantu mempromosikan proses keamanan di negara yang bergolak.

5. Malaysia akan meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh.

IKRAM percaya bahawa semua perancangan dan komitmen negara kita di peringkat antarabangsa akan dapat dilaksanakan.

Adalah diharapkan agar semua anggota PBB akan bersama-sama dengan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi masyarakat seluruh dunia untuk hidup dalam suasana aman damai dan sentosa.

IKRAM juga berharap agar Malaysia sentiasa membaiki sistem pentadbirannya dari masa ke semasa. Peningkatan gejala rasuah, pecah amanah, kadar jenayah, tidak mesra alam perlu dikawal agar Malaysia benar-benar layak menjadi contoh di mata dunia.

 

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia