IKRAM terlibat jayakan sidang NGO tahunan

Persidangan NGO GBM

Persidangan sehari yang dihadiri oleh sekitar 100 orang pimpinan dan aktivis NGO itu telah berjaya menghasilkan 24 resolusi yang bernas dan mengemukakan prinsip penyelesaian kepada beberapa isu nasional yang sensitif bagi sektor perpaduan, urus tadbir baik, pendidikan dan alam sekitar. (Sila klik di sini untuk resolusi penuh dalam bahasa Inggeris)

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) yang ditubuhkan pada awal tahun 2011  dianggotai oleh 25 badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin kepada isu-isu nasional dan beriltizam untuk bekerjasama dan berpakat bagi menyumbang kepada pembinaan Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Persidangan NGO GBM

Menurut Pengarah Persidangan, Hj Syed Ibrahim Syed Noh, persidangan tersebut  bertujuan mengukuhkan gerakan masyarakat sivil sebagai agen perubahan terpenting untuk negara selain mewujudkan forum bagi membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi masyarakat dan mencari penyelesaian bersama.

“Persidangan juga bertujuan membina perhubungan erat antara NGO, masyarakat dan komuniti selain masing-masing mengemukakan kisah kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli gabungan dalam GBM,” terang Syed Ibrahim yang juga Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Dalam aspek perpaduan, persidangan antara lain menggesa masyarakat sivil supaya terus terlibat secara aktif dalam mengetengahkan dan mendukung diversiti yang luas dalam kalangan rakyat Malaysia demi memelihara perpaduan nasional.

Dalam aspek tadbir urus baik pula, persidangan mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula pilihan raya peringkat kerajaan tempatan untuk mengukuhkan amalan demokrasi  dan menyarankan amalan  Sistem Ombudsman untuk meningkatkan kecemerlangan tadbir urus.

Sistem Ombudsman ialah sistem yang membenarkan badan rasmi atau separa rasmi dilantik untuk menerima dan menyiasat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan jentera kerajaan.

Persidangan juga menggesa kerajaan di semua peringkat – persekutuan, negeri dan tempatan, untuk mengadakan perundingan awam bagi isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara. Kerajaan juga didesak untuk  menjamin kebebasan media untuk menyuburkan lagi hak-hak yang demokratik dalam kalangan rakyat.

Kepada komuniti NGO sendiri, persidangan menggesa NGO mengutamakan  perspektif dan gambar besar (big picture)  dalam melihat isu-isu nasional sambil mengutamakan program yang berpaksikan tindakan bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti-aktiviti NGO.

Persidangan NGO GBM

Semua NGO disaran untuk berpegang kepada prinsip urus tadbir yang baik iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti dan pengawasan.

Mengenai rasuah, persidangan menegaskan kepada semua pihak termasuk kepada sektor bukan kerajaan dan swasta supaya mengamalkan apa yang mereka sendiri tuntut dan ucapkan iaitu menolak dan tidak berkompromi sama sekali dengan rasuah.

Dalam bidang pendidikan pula, persidangan menggesa kerajaan antara lain mempertahankan pendidikan vernakular sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dan memperuntukkan sumber-sumber kepada semua sistem sekolah atas asas keperluan.

Selain itu, persidangan meminta kerajaan mengambil kira aspek kelainan dan kekayaan budaya serta etnik rakyat ke dalam pembinaan kurikulum kebangsaan dan silibus selain dalam latihan perguruan.

Tidak ketinggalan, dalam aspek alam sekitar, persidangan menggesa kerajaan memenuhi janji bagi pembangunan yang lestari serta mengamalkan pengawasan yang terbuka dan telus ke atas alam sekitar termasuk akses yang terbuka ke atas maklumat.

Masyarakat sivil juga didesak untuk bersatu padu melindungi dan memelihara alam sekitar melalui mobilisasi sumber yang strategik. Orang ramai juga diseru untuk terlibat dalam isu-isu yang mengancam alam sekitar menerusi penglibatan dan pembelajaran yang proaktif.

Pengerusi GBM, Tan Yew Sing telah memberi ucaputama dalam persidangan ini sementara sesi penggulungan dan resolusi dikendalikan oleh Timbalan Pengerusinya, iaitu Hj Zaid Kamaruddin, yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pada sebelah pagi, satu forum bertajuk, “Memahami Cabaran-cabaran dan Peluang-peluang Utama dalam Membina Malaysia yang Lebih Baik” telah diadakan yang dianggotai empat tokoh NGO iaitu Dr Kua Kia Soong, Pengarah Suaram; Sdr K Arumugam, Penasihat Yayasan Tamil Malaysia; Mr Wong Meng Chuo, aktivis Alam Sekitar; dan Dr Farouk Musa, Pengarah, Islamic Renaissance Front. Turut menjadi fasilitator sesi bengkel selari dalam persidangan ialah Hj Nahar Md Nor yang juga Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM.

“Kita bercadang untuk menjadikan persidangan seumpama ini sebagai program tahunan atau sidang kemuncak dan usaha untuk sinergi dalam kalangan ahli-ahli NGO yang bergabung,” ujar Syed Ibrahim lagi.




3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia