IKRAM Terima Kunjungan Universitas Pelita Bangsa, Indonesia

IKRAM Terima Kunjungan Universitas Pelita Bangsa, Indonesia

SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya, Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia menerima kunjungan daripada sebuah institusi pendidikan, Universitas Pelita Bangsa (UPB), Indonesia yang diketuai oleh Rektor UPB, Hamzah M. Mardi Putra. 

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan UPB yang telah memulakan langkah kerjasama dengan IKRAM pada masa mendatang. 

Lawatan ini merupakan usaha UPB untuk mengenali IKRAM secara lebih dekat dan membuka ruang kolaborasi pada masa hadapan.

Dalam lawatan ini, Pengerusi Persatuan Akademia IKRAM Malaysia, Dr Sahrim Hj Ahmad dan  CEO Yayasan IKRAM, Hj Zaharuddin Saidon yang hadir mewakili institusi IKRAM telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam bidang-bidang yang berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan.

Jurucakap UPB yang juga merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Putri Anggun Sari meletakkan harapan yang besar untuk kolaborasi yang bakal dibuat dengan memberikan keyakinan bahawa usaha ini merupakan titik mula ke arah kejayaan yang lebih besar.

IKRAM dan UPB telah menandatangani persetujuan untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan aktiviti khidmat masyarakat. UPB juga akan menjemput para profesor daripada IKRAM sebagai pensyarah pelawat atau penceramah dalam seminar-seminar yang dianjurkan. 

UPB yang terletak di Jawa Barat, Indonesia telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan kini mempunyai seramai 14,000 mahasiswa.Universiti ini meletakkan visinya untuk menjadi university usahawan yang bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2045. 

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff dan Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari. Seramai 26 ahli delegasi yang hadir dari UPB terdiri daripada rektor, timbalan-timbalan rektor, dekan fakulti, ketua program, pengarah, pensyarah dan staf sokongan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia