IKRAM Terima Kunjungan Persatuan Guru Islam Uganda

SERI KEMBANGAN, 21 Mei 2024 – Uganda Muslim Teachers’ Association (UMTA) telah melakukan lawatan kerja keĀ  Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada petang Isnin.

Kunjungan itu adalah sebahagian daripada lawatan pendidikan persatuan itu selama sembilan hari ke Malaysia dari 15 hingga 23 Mei 2024, yang diketuaiĀ  Timbalan Presiden UMTA, Hjt Nsigo Nankya Masturah.

Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan ahli-ahlinya kepada kaedah pengajaran moden, pengislaman ilmu, pendekatan pembangunan sahsiah holistik serta pengharmonian budaya tempatan dengan Islam.

Dalam siri lawatan tersebut, UMTA menyampaikan hasrat kepada pihak IKRAM untuk membentangkan bertajuk “Impak Inisiatif Kebajikan Sosial Terhadap Dakwah.”

Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari memulakan pembentangan dengan menekankan konsep gerak kerja secara bersepadu dan bersama-sama dalam sebuah organisasi, termasuk badan dakwah merupakan pintu ke arah kejayaan.

ā€œIKRAM bermula secara tidak formal sebelum tahun 1990 melalui gabungan tenaga beberapa individu yang berkongsi matlamat sama menerusi penglibatan melalui organisasi awam lain,ā€ ujar beliau.

Pada tahun 2009,Ā  IKRAM muncul secara rasmi sebagai badan bukan kerajaan melalui gabungan beberapa kumpulan.

ā€œIKRAM berhasrat untuk bersama-sama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai Negara Rahmah seperti yang dinyatakan dalam visinya,ā€ jelas Shahrul Aman.

Tambah beliau, IKRAM kini menjadi sebahagian daripada rakan strategik kerajaan apabila turut dilibatkan dalam perbincangan sebahagian polisi dan pelan perancangan kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa misi IKRAM adalah menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara yang aman, makmur dan dirahmati melalui dakwah, tarbiah, khidmat dan islah.

Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham Baharin dan Timbalannya Jusni Yusoff turut meluangkan masa menyampaikan penghargaan atas kunjungan UMTA ke IKRAM.

Dalam perkembangan berkaitan, delegasi UMTA seramai 16 orangĀ  ini telah mengadakan pertemuan lebih awal pada sebelah pagi bersama Musleh Integrated Education Berhad (MIEB).

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam itu, pihak MIEB telah mengendalikan bengkel yang bertajuk ā€œEducation and Islamic Tarbiyah as a Vehicle for the Vibrant Muslim Communities; the Musleh Experience.ā€

Menghimpunkan kesemua guru-guru Islam di Uganda, visi UMTA adalah untuk membentuk kumpulan guru Islam yang cemerlang dan dinamik, yang mengambil bahagian secara bermakna dalam pendidikan, pembangunan sosioekonomi dan politik Uganda serta dunia amnya.

Diharapkan pertemuan ini dapat mengukuhkan jalinan antara komuniti Islam di kedua-dua negara serta memberi manfaat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, sosial, dakwah dan lain-lain.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia