IKRAM Sokong Program Solidariti Palestin, Usah Dipolemikkan

Pertubuhan IKRAM Malaysia menyokong langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Program Solidariti Palestin yang bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar.

Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan sejarah pencerobohan dan penjajahan Israel ke atas Palestin sehingga menimbulkan krisis kemanusiaan terbesar dan terpanjang abad ini.

Seperti dimaklumi, Palestin adalah satu-satunya negara yang masih terjajah lebih 70 tahun dan pengepungan ke atas lebih dua juta penduduk Gaza adalah sesuatu yang bertentangan dengan perikemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Pelajar-pelajar perlu diingatkan bahawa dasar aparteid dan penghapusan etnik yang dilakukan oleh rejim Israel adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa.

Mengambil kira kepelbagaian kaum dan agama di sekolah-sekolah kebangsaan, IKRAM mencadangkan agar Program Solidariti Palestin dijadikan sebagai program yang menekankan tentang nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang boleh disepakati bersama.

Sehubungan dengan itu, IKRAM mencadangkan supaya program yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan menonjolkan isu Palestin sebagai satu isu kemanusiaan dan keprihatinan global, agar sesuai dikongsikan dan boleh disertai semua pelajar tanpa mengira agama.

IKRAM menyeru semua pihak sepakat menghormati keputusan kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin bagi mendapatkan hak mereka untuk hidup bebas dan merdeka.

IKRAM juga berharap program ini tidak dijadikan polemik politik.

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia