IKRAM sokong ketegasan Malaysia halang atlet Israel

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong ketegasan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dirancang diadakan di Kuching, Sarawak bermula 29 Julai hingga 4 Ogos nanti.

IKRAM menyokong penuh keputusan tersebut yang dibuat atas prinsip kemanusiaan dan belas ihsan kepada nasib rakyat Palestin, dan pendekatan berprinsip ini harus dibanggakan oleh semua pihak.

IKRAM mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan seluruh barisan kabinet atas keteguhan prinsip mereka dan tidak berkompromi dalam hal ini.

IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu dan berterusan dalam isu ini dan isu Palestin secara umumnya.

Walaupun Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah mengambil keputusan membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut, IKRAM yakin kerajaan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan apatah lagi menggadaikan prinsip walaupun mungkin akan menanggung beberapa kesan negatif jangka pendek.

Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, melalui NGO-NGO kemanusiaan tempatan seperti Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan menyokong misi-misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat dan kem-kem pelarian di Lubnan.

IKRAM menyokong pendirian Malaysia yang konsisten menolak pencabulan hak asasi manusia bagi mana-mana penduduk di bumi ini tanpa mengira agama dan kaum, tidak hanya kezaliman rejim Israel ke atas penduduk Palestin, tetapi pelanggaran hak kemanusiaan di Myanmar, China, Syria dan negara-negara lain.

Prinsip Sukan Paralimpik iaitu ‘Keazaman, Kesamarataan, Inspirasi dan Keberanian’ tidak sepatutnya dihadkan dalam arena sukan, sebaliknya perlu dimanifestasi dalam kehidupan secara yang lebih menyeluruh.

Bagi IKRAM, jika IPC dan negara-negara lain menolak diskriminasi dalam penyertaan sukan, penolakan yang sama mestilah ditunjukkan terhadap diskriminasi yang jelas dilakukan melalui tindakan zalim dan pelanggaran hak asasi kemanusiaan oleh beberapa pihak dan rejim di dunia hari ini.

IKRAM menyokong kerajaan Malaysia yang tegas memelihara hak kemanusiaan dan percaya negara-negara lain turut mencontohinya kerana hak kemanusiaan adalah isu global dan bukan sesuatu yang patut dipandang remeh.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia