IKRAM Siswa kesal dadah, alkohol dalam konsert

IKRAM Siswa ingin mengucapkan takziah kepada keluarga peserta Konsert Future Music Festival Asia 2014 yang ditimpa kemalangan pada Jumaat lepas, 14 Mac 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walau bagaimanapun, IKRAM Siswa ingin menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah dan penggunaan alkohol yang terdapat di dalam konsert tersebut amatlah dikesali. Masyarakat khususnya remaja dan belia yang merupakan tonggak negara seharusnya menjauhi serta memerangi penggunaan dadah ini habis-habisan kerana ianya jelas boleh membinasakan diri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian,

1- IKRAM Siswa menggesa agar jabatan atau agensi yang berkenaan membuat siasatan yang terperinci terhadap semua pihak yang terlibat termasuk penganjur bagi mengetahui bagaimana boleh tedapat unsur-unsur dadah dan alkohol dalam konsert tersebut dan dalam masa yang sama mengambil tindakan tegas supaya perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

2- IKRAM Siswa menyeru masyarakat untuk beralih mendekati hiburan alternatif yang lebih mendidik jiwa yang antara ciri-cirinya ialah:

  • Hiburan yang mengajak kepada nilai-nilai yang baik seperti nilai kerohanian, keamanan, kemanusiaan dan lain-lain.
  • Hiburan yang tidak mengandungi atau bercampur unsur haram yang boleh memudaratkan diri dan masyarakat seperti dadah atau arak.
  • Hiburan yang tidak mengajak kepada percampuran bebas antara jantina.

3- IKRAM Siswa juga menyeru masyarakat supaya sepatutnya lebih prihatin untuk menyemarakkan budaya ilmu dan nilai daripada berhibur kerana ilmulah yang sebenarnya akan membina kekuatan sesebuah tamadun atau negara.

Wallahu a’lam.

Marwan bin Abdullah

Presiden
IKRAM Siswa

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia