IKRAM Sertai Mesyuarat Penyelarasan Agenda MADANI

IKRAM Sertai Mesyuarat Penyelarasan Agenda MADANI

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyertai Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Inisiatif dan Program Berkaitan Malaysia Madani, pada Rabu di sini.

IKRAM diwakili Naib Presiden, Prof Dr Hanim Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Hj Roslan Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat.

Mesyuarat tersebut bertujuan mendapatkan input dan menyelaras pelbagai strategi dan tindakan oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi dalam melaksanakan inisiatif dan program berkaitan Malaysia MADANI.

Mesyuarat penyelarasan anjuran JAKIM itu dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan.

Turut hadir wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Institut Darul Ehsan (IDE), International Institute of Islamic Thought (IIIT), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan lain-lain.

“Alhamdulillah, mesyuarat telah bersepakat ke arah keperluan menyelaras kembali segala gerak kerja dalam mempromosi dan melaksana agenda Malaysia MADANI agar ia lebih terarah, tersusun dan berfokus, sekali gus memastikan gagasan ini difahami oleh segenap lapisan masyarakat,” kata Dr Zulkifli di laman Facebooknya.

Beliau memetik kata-kata General Stanley McChrsytal dalam bukunya, Team of Teams:

“Bagi mencapai kejayaan, setiap organisasi perlu bekerja dalam rangkaian ketersambungan (network), bukan lagi dalam keterasingan (in silo).”

Mesyuarat itu juga telah bersepakat untuk mengeluarkan Resolusi Agenda MADANI yang akan menjadi rujukan bagi gerak kerja semua pihak dalam menjayakan agenda tersebut.

Dalam pada itu, IKRAM mengucapkan terima kasih kepada JAKIM atas jemputan untuk turut sama menyumbang ke arah keberkesanan pelaksanaan agenda Malaysia MADANI dan mengucapkan tahniah kepada Dr Zulkifli kerana telah mengusahakan mesyuarat ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia