IKRAM sertai delegasi bantuan Malaysia Lifeline for Syria ke Turki

Kali ini, IKRAM turut menyumbang untuk Syria sebanyak RM 180,00 daripada keseluruhan sumbangan yang berjumlah RM 480,000. Sumbangan untuk MLL4S diserahkan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom kepada Pengerusi GSS, Naim Jusri yang turut berangkat ke Istanbul.

Wakil IKRAM ke Istanbul terdiri daripada Noorsyazli Rameli, Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta dan Muhamad Zulkarnain Jamaluddin. Turut mengiringi keberangkatan ialah Pengurus JK Luar Negara IKRAM, Wan Mohd Yusof Wan Ismail.

Delegasi pertama seramai 5 orang telah berlepas jam 3.00 pagi sementara delegasi kedua seramai 8 orang berlepas jam 10.00 pagi. Kedua-dua delegasi telah sampai di Doha sebagai transit dan telah bergerak bersama-sama ke Istanbul dalam penerbangan yang sama.

Hari ini, delegasi MLL4S sudah tiba di sebuah hotel di Istanbul dan dijangka bertemu dengan wakil NGO Syria di Turki, Syrian Society For Humanitarian Aid and Development pada jam 4.00 petang ini (10.00 pagi waktu Istanbul) untuk menyelaraskan bantuan di sempadan Turki-Syria.

Misi MLL4S akan bergerak malam ini untuk ke bandar terdekat dengan Syria, Antakiya untuk mula bergerak ke sempadan. Doakan semoga misi membantu rakyat Syria ini berjaya, Insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia