IKRAM Selangor puji komitmen kerajaan negeri bendung kenaikan harga rumah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu­-alukan kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor, YB Ir. lskandar Abdul Samad di mana sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah yang berharga di bawah RM42,000 berjaya disiapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak mengambilalih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini.

Beliau juga menambah bahawa jumlah tersebut tidak termasuk sebanyak 12,481 unit yang sedang dalam proses pembinaan dan sejumlah 9,990 unit lagi telah diluluskan untuk pembinaan oleh pihak berkuasa tempatan di pelbagai daerah dalam negeri Selangor.

Ini bermakna sejumlah 28,941 unit rumah kos rendah telah, sedang dan akan disediakan untuk manfaat golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor.

Di samping itu, bagi rumah kos sederhana berharga RM100,000 ke bawah pula, sejumlah 3,925 unit telah dapat disiapkan manakala 1,682 unit pula dalam proses pembinaan atau sedang dalam proses mendapatkan kelulusan.

Sesungguhnya dalam keadaan di mana harga pasaran dan nilai rumah kediaman di Negeri Selangor secara purata meningkat pada kadar7% setiap tahun, maka usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiiiki rumah, kediaman mampu milik wajar dipuji. Inisiatif dan komitmen sebegini sepatutnya dicontohi oleh Kerajaan­-kerajaan Negeri yang lain.

Sehubungan dengan isu kenaikan harga rumah kediaman yang keterlaluan yang berlaku,sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti spekulasi, maka Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor dengan ini mencadangkan langkah-langkah berikut bagi membendung masalah tersebut:

  • Membenarkan setiap pembeli rumah kos rendah dan sederhana membeli rumah hanya sekali bagi setiap 5 tahun.

  • Mewujudkan mekanisme dari aspek undang-undang bagi menghalang penjualan rumah kos rendah dan sederhana yang dímilíki kurang daripada 5 tahun.

  • Selain peranan Kerajaan Negeri membangunkan rumah kos rendah dan sederhana sedia ada, Kerajaan Negeri juga perlu menggalakkan pemaju
    perumahan bagi membina lebih banyak rumah jenis ini dengan memberikan insentif seperti pelepasan cukai dan merendahkan kadar premium tanah
    kepada pemaju perumahan yang terlibat dalam membina rumah jenis sedemikian.

  • Memudahkan proses memohon kemudahan pembiayaan membelí rumah secara Islam bagi menggalakkan lebih ramali golongan berpendapatan rendah dan
    sederhana mampu membeli dan memiliki rumah.

  • Mewujudkan skim sewa beli bagi golongan berpendapatan rendah yang membenarkan golongan ini menyewa pada awalnya dan kemudian diberi opsyen
    untuk membeli unit yang disewa selepas 5 tahun.

Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus
Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Maiaysia (IKRAM)
Negeri Selangor


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia