IKRAM sambut baik PGK baharu, gesa kerajaan terima pakai upah wajar

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik pengumuman Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu dan pengelasan baharu isi rumah di Malaysia yang diumumkan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin pada 10 Julai lepas.

 

Menurut beliau, PGK baharu pada tahun 2019 ialah RM2,208, melebihi dua kali ganda berbanding PGK pada tahun 2016 sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah. Isi rumah B40, M40 dan T20 kini boleh diperincikan kepada 10 kategori berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.

 

Dengan had PGK baharu, jumlah isi rumah miskin 2019 ialah 405,441, meningkat lebih 16 kali ganda berbanding 24,700 pada tahun 2016. Jurang pendapatan isi rumah pula makin meluas dengan Pekali Gini (Gini Coefficient) meningkat dari 0.399 pada tahun 2016 ke 0.407 pada tahun 2019.

 

IKRAM melihat kaedah pengukuran dan pengelasan baharu ini sebagai satu langkah ke hadapan untuk membolehkan perancangan dan pelaksanaan dasar yang lebih bersasar dan berkesan. Perkembangan ini menunjukkan betapa pentingnya pengukuran kemiskinan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan realiti baharu.

 

Dalam hal ini, IKRAM ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan:

 

1. Menjadikan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index) yang merangkumi aspek-aspek taraf hidup, pendidikan dan kesihatan sebagai pengukur utama kadar kemiskinan di negara ini dan sebagai panduan penggubal dasar dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif kerajaan.

 

2. Menerima pakai pendekatan upah wajar (living wage) untuk menentukan kumpulan yang memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.

 

Upah wajar yang digunakan hendaklah mengambil kira kos sara hidup yang berbeza bergantung kepada lokasi dan demografi. IKRAM mengambil maklum hasil kajian berhubung upah wajar yang telah dilaksanakan oleh Bank Negara, KWSP (Belanjawanku) dan ahli-ahli akademik.

 

3. Menjadikan pendekatan penggubalan dasar berdasarkan bukti (evidence-based policy making) sebagai pendekatan utama dalam inisiatif-inisiatif membasmi kemiskinan.

 

4. Meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan pusat dengan institusi-institusi zakat di negeri-negeri supaya penyaluran bantuan dapat diselaraskan dan sumber yang terhad dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

 

5. Mewujudkan satu institusi khusus basmi kemiskinan bagi menyelaraskan semua inisiatif dengan lebih tersusun.

 

Sebagai NGO yang prihatin dengan kesejahteraan rakyat Malaysia dan melaksanakan pelbagai program kebajikan di peringkat akar umbi, IKRAM bersedia menjadi rakan kongsi strategik dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia