Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik pendirian Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak akan menghantar pulang pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik selagi mana beliau tidak menimbulkan masalah.
IKRAM berpandangan, selagi mana beliau yang berstatus penduduk tetap, patuh pada undang-undang negara, kerajaan perlu kekal dengan pendirian ini.
Dr Zakir Naik adalah Presiden kepada Islamic Research Foundation (IRF) yang berpusat di Mumbai, India dan pengasas kepada saluran television “Peace TV” yang fokus kepada perbandingan agama (Comparative Religion) dengan jumlah penonton mencecah lebih 100 juta orang.
Dr Zakir berlatarbelakangkan seorang doktor perubatan, seorang sarjana dan pendakwah Islam yang terkenal dan dihormati di seluruh dunia Islam.
Sebagai sebuah negara yang berjiwa besar yang telah memberi perlindungan kepada pelbagai bangsa dan agama, Malaysia harus terus mengekalkan sikap tersebut.
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia