IKRAM Petaling Jaya diwakili oleh Ketua Wanita, Puan Hajjah Aziah Aziz menerima penghargaan tersebut daripada YBhg. Tuan Mohd Azizi Mohd Zain, Datuk Bandar Petaling Jaya atas sumbangan dan kerjasama pertubuhan tersebut dalam program komuniti dan pembangunan modal insan.
Selain pertubuhan dan NGO, anugerah dan penghargaan juga turut diberikan kepada Briged Generasi Muda, Remaja Aktif, Pengerusi Zon Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Aktif dan Sukarelawan Komuniti Aktif.
Majlis Anugerah Komuniti Aktif 2015 merupakan salah satu platform MBPJ untuk memberikan penghargaan atas segala sumbangan khidmat, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam menggerakkan program-program kemasyarakatan di Petaling Jaya.
Majlis ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan hubungan baik MBPJ bersama pelbagai pihak untuk sama-sama menggembleng tenaga, perkongsian ilmu dan menyalur khidmat secara berterusan dalam perlaksanaan program-program MBPJ di mana ia merupakan salah satu khidmat sosial MBPJ kepada masyarakat Petaling Jaya berteraskan khidmat komuniti dan pembangunan modal insan.
Dengan kerjasama MBPJ dan Ahli Majlis MBPJ, IKRAM Petaling Jaya terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti antaranya Jom Shopping Raya, Remaja Raikan Ramadan, Ziarah Prihatin Ramadan, Kem Keindahan Bersama Mu (KBM), Remaja ‘Cut & Cook’, Futsal Remaja, Program K.A.S.I.H (Kau Adalah Sumber Inspirasi Hati), Majlis Ibadah Qurban, Ramadan Youth Challenge dan Pray For Syria and Palestine.
Semoga dengan penghargaan ini, akan terus memberikan semangat dan inspirasi kepada IKRAM Petaling Jaya untuk terus berkerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk masyarakat, insyaa-Allah.
Foto Majlis: http://on.fb.me/1Jfeupu
FB IKRAM PJ: https://www.facebook.com/ikrampj
FB IKRAMYouth PJ: https://www.facebook.com/ikramYouthPJ