IKRAM NGO Pertama Jalin Kerjasama Akademik dengan OUM

IKRAM NGO Pertama Jalin Kerjasama Akademik dengan OUM

KELANA JAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) buat julung kali menjalinkan kerjasama dengan Open University Malaysia (OUM) bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada ahli-ahlinya.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kedua-dua pihak pada Selasa, menjadikan IKRAM NGO pertama bekerjasama dengan OUM dari sudut akademik.

MoU kerjasama itu ditandatangani oleh Presiden / Naib Canselor OUM Prof Dr Ahmad Izanee Awang dan Timbalan Presiden IKRAM Jusni Yusoff, disaksikan oleh Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) OUM Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal dan Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah dan Modal Insan (JKTMI) IKRAM, Ust Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, sebahagian kurikulum tarbiah IKRAM merangkumi aspek akademik dalam ilmu-ilmu pengajian Islam dan jawatankuasa itu melihat bahawa aspek ini perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan diiktiraf.

“Oleh itu, OUM dipilih sebagai penyedia kursus jangka pendek berakreditasi ‘micro-credential’ bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

“IKRAM merupakan NGO pertama di Malaysia yang melakukan MoU dengan pihak OUM untuk melaksanakan kursus micro-credential seperti ini,” jelas beliau yang turut hadir dalam majlis itu.

Micro-credential merupakan kursus-kursus daripada program yang telah mendapat akreditasi dan ditawarkan dalam unit pembelajaran yang lebih kecil.

Ini bagi membolehkan para pelajar belajar dengan lebih fokus kepada topik atau unit pembelajaran mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui platform yang disediakan oleh OUM.

Realiti semasa menunjukkan bahawa micro-credential dan pembelajaran dalam talian merupakan norma baharu pendidikan masa kini yang dapat membantu meningkatkan ilmu, kemahiran serta membantu ke arah pembinaan negara.

Tambah Dr Syazalie, IKRAM mempunyai silibus pembangunan ahli yang holistik dari segi pengetahuan hayat, kemahiran komunikasi dan kemanusiaan, namun kurang seragam dari segi penilaian dan penguasaan ilmu dalam kalangan ahli.

“Lantaran itu, JKTMI mengambil inisiatif agar IKRAM bekerjasama dengan OUM bagi meningkatkan penguasaan ilmu ahli-ahli sekali gus mendapat pengiktirafan.”

Melalui MoU kerjasama ini, OUM akan melaksanakan sebahagian modul tarbiah IKRAM secara dalam talian dan modul ini mendapat akreditasi rasmi daripada pihak universiti.

Hadir bersama dalam majlis tandatangan MoU ini Ahli JKP IKRAM Hj Roslan Mohamad, Dr Maznah Ahmad, Dr Sabariah Baharun, Hj Azman Abd Rashid serta bekas Naib Canselor UNITEN, Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dan Prof Dr Awaluddin Shaharoun.

Turut hadir Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Perniagaan) OUM Prof Dr Yon Rosli Daud, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Prof Dr Fatimah Yusooff dan Timbalannya Dr Hamidah Mat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia