(Penerangan gambar muka hadapan – Pengetua ALMAAD Ustaz Idris bin Ahmad menyampaikan ucapan.)
Arau, 23 Oktober 2023 – Yayasan Ikram Malaysia (YIM) Negeri Perlis telah memanjangkan sumbangan kepada para pekerja Am Sma Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (ALMAAD). Program ini berlangsung di laman Sekolah Rendah Islam Al-Azhar (SRIAZ).
Dalam program ringkas ini, individu yang terlibat selain AJK kawasan dan para penerima sumbangan adalah YDP Arau Sdr Surizan Romli, Pengetua ALMAAD Ustaz Idris bin Ahmad, dan Guru Besar SRIAZ Puan Afifah Aliya Abdul Hamid.
Sumbangan ini bukan hanya bertujuan untuk memberi sumbangan sahaja, tetapi juga sebagai platform untuk memperkenalkan peserta kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Perlis serta agensi-agensi yang berada di bawahnya. Antaranya adalah peranan YIM dan IKRAM dalam aktiviti kemasyarakatan.
Selain daripada sumbangan barang dapur, program ini juga mengetengahkan isu Palestin dalam sesi penerangan yang disampaikan oleh Pengurus MyCare Perlis, Muallim Wan Salahuddin Wan Muda. Lebih-lebih lagi dalam situasi semasa yang memerlukan perhatian ummat Islam tentang isu tersebut.
Para peserta dan penganjur juga diraikan dengan hidangan minuman ringan, membuka ruang kepada ahli IKRAM kawasan dan warga SRIAZ bermuayasyah dengan warga ALMAAD.