Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menubuhkan sayap wanita yang dikenali sebagai Wanita IKRAM Malaysia pada 3 Oktober 2010. Pemasyhurannya diadakan pada hari bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2011 bertujuan untuk memperkasakan Wanita
IKRAM sebagai satu organisasi dakwah wanita, mengetengahkan fikrah Islam yang menyeluruh sebagai masalah, di samping menjalin hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita sedia ada.
Wanita IKRAM Johor adalah sayap wanita bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia, Negeri Johor.
Wanita IKRAM mmeberi fokus kepada pembangunan wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, akan mengetengahkan isu-isu wanita dan kanak-kanak serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syara’.
Wanita IKRAM berusaha memainkan peranan yang efektif untuk mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam dan memastikan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, serta manfaat pembangunan dan sumber-sumber di
antara wanita dan lelaki.
Oleh itu, Wanita IKRAM Johor berusaha untuk membangunkan potensi dan kepimpinan wanita di peringkat Johor sebagai sumber pembangunan masyarakat dan ummah ke arah melahirkan masyarakat sejahtera.
Wanita IKRAM Johor berharap semua usaha dan inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama yang erat di kalangan organisasi-organisasi wanita Negeri Johor.
Aktiviti-aktiviti Wanita IKRAM Johor
- Majlis Ilmu
- Seminar Penghayatan Al-Quran
- Bengkel Solat
- City Survival Skill
- Mukhayyam
- Majlis ramah mesra ahli baru
- Majlis Berbuka Puasa
- Semarak Ramadhan
- Program menyantuni masyarakat
- Usrah
- Wacana
Ketua Wanita IKRAM mengikut kawasan:
Bandaraya JB
Pn. Hassenah bt. Che Amat – 012-7090482
Johor Bahru Utara
Dr. Siti Munira binti Jamil – 013-7134424
Pontian
Pn Siti Mariah Ghazali – 012-7322097
Kulai
Ustazah Jaidah Musa – 019-7664142
Pasir Gudang
Pn. Norrashidah binti Abd Hadi – 019-7845224
Batu Pahat
Pn. Sahara Mohamed Said – 013-7157912
Muar
Pn. Zalila Sumari – 019-6296341
Kluang
Pn. Mahizan bt Muhamad – 013-7693931
Segamat
Pn. Saodah bt Ramli – 012-7511730
Tangkak
Dr. Rosdina Abd Kahar – 013-7242212
Pulai
Pn. Norleha bt Md Salleh – 019-7592539
Iskandar Puteri
Pn Norliza binti Shamsudin – 019-7712512
Skudai
Pn. Norhasidah binti Kusnin – 013-7745085
Senai
Pn. Normala binti Hashim – 013-7784747
Sri Gading
Dr. Marlia binti Morsin – 019-7103880
Kota Tinggi
Pn. Zanaria bte Selamat – 019-7672962
Simpang Renggam
Pn. Fauziah binti Ab Salam – 012-7598349
Alamat:
Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor
10-11, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti,
81300 Skudai.
Johor
Telefon:
07-5211152
Facebook:
Wanita IKRAM Johor