Wanita IKRAM Selangor Terima Anugerah NGO Khidmat Masyarakat

SEPANG – Wanita IKRAM Selangor muncul sebagai satu-satunya penerima anugerah NGO selepas dinobatkan sebagai penyandang Anugerah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Khidmat Masyarakat sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Hotel Sama-Sama, KLIA pada Sabtu lalu.

Pada masa sama, terdapat sembilan lagi anugerah lain yang turut dipertandingkan iaitu anugerah Tokoh Usahawan Wanita, Tokoh Wanita Muda, Tokoh Wanita Korporat, Tokoh Wanita Inovasi, Tokoh Wanita ‘Zero to Hero’, Tokoh Wanita Sosial dan Masyarakat, Tokoh Wanita Seni dan Kreatif, Tokoh Wanita Istimewa (OKU) dan satu lagi anugerah Tokoh Lelaki Prihatin yang telah disandang oleh Datuk Zulkifli Ishak.

Dalam majlis gilang-gemilang yang dihadiri hampir 500 jemputan dari pelbagai agensi, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan itu, kemuncak acara merupakan ucaptama sekaligus ucapan perasmian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajah Aiman Athirah Sabu.

“Kadangkala untuk menyedarkan masyarakat bagi menjayakan sebuah gagasan besar kerajaan madani itu, kita memerlukan sumbangan daripada wanita itu sendiri,” ujarnya.

Sambil memetik kata-kata YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Aiman Athirah Sabu berkata bahawa gagasan madani itu tidak mungkin muncul tanpa kekuatan keluarga dan kekuatan keluarga itu tidak mungkin terbina dan terurus tanpa peranan wanita.

Katanya lagi, terdapat tokoh wanita Islam yang hidup pada zaman Rasulullah SAW dan telah memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam dan kemajuan ummah serta layak dinobatkan sebagai idola dan ikutan semua termasuklah generasi muda pada hari ini.

“Antaranya ialah Asma’ binti Umays. Dikenali sebagai wanita yang melakukan dua kali hijrah dan hijrah itu kita semua tahu tujuannya ialah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Turut menyebut sumbangan tokoh wanita lain dalam pelbagai bidang seperti Ummu Syarik, Ummu Sulaim dan Aisyah RA, beliau menegaskan bahawa peranan-peranan yang telah dimainkan oleh mereka inilah yang harus menjadi suri teladan kepada kita khususnya generasi muda pada hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, YB Dr. Siti Mariah Mahmud dalam ucapan alu-aluannya mengingatkan bahawa setiap orang ialah batu-bata yang membentuk dan membina sebuah bangunan.

“Walaupun kita merayakan Hari Wanita hari ini, kita juga turut perlu menghargai peranan kaum bapa yang merupakan ‘soulmate’ dan rakan kongsi dalam rumah tangga,” katanya.

Tambahnya lagi, selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS1), fokus kerajaan negeri ialah membentuk negeri pintar yang bukan sahaja maju dari sudut material tapi juga maju dalam membangunkan kualiti insani.

“Adalah sangat penting untuk pemimpin-pemimpin wanita di semua peringkat menerapkan ketaatan kepada tuntutan agama, mengamalkan nilai integriti, berakhlak mulia dengan sebenar-benarnya dan nilai inilah yang akan membantu wanita agar menjadi contoh yang baik atau qudwah hasanah kepada keluarga dan masyarakat,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, majlis tersebut merupakan anjuran Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCWO) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Wanita Berdaya Selangor. Selain penyampaian anugerah, turut disampaikan, Geran Pengasuh di Rumah YAWAS, Geran Rumah Perlindungan Wanita Berdaya Selangor dan penghargaan kepada semua rakan kerjasama KLSCWO.

Hadir sama, Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman. Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia