SHAH ALAM, 22 April – Bertujuan membina jalinan kerjasama yang strategik dengan agensi dan badan berkaitan khususnya untuk manfaat kepada bidang fokus wanita dan keluarga, Wanita IKRAM Selangor melalui Ketua Wanitanya, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman hadir mengetuai kunjungan hormat ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor di sini semalam.
Beliau yang turut diiringi Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Puan Roselinee Mohammad Radzi dan Penolong Setiausahanya, Puan Nur Izatul Azreen Apili itu telah disambut baik kehadirannya oleh Pengarah LPPKN Selangor, Puan Shafareeza Ismayatim, Ketua-ketua Unit serta Ketua Klinik Nur Sejahtera Shah Alam.
Dalam pertemuan berkenaan, Wanita IKRAM telah diberi penerangan mengenai perkhidmatan LPPKN, selain turut didedahkan dengan modul kekeluargaan yang telah dibangunkan oleh LPPKN dan seterusnya dibawa melawat fasiliti Pusat Keluarga Shah Alam.
Hadir sama, Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan LPPKN Selangor, Encik Fairul Desa, Pegawai Psikologi LPPKN Selangor, Puan Ratna Safura Kamal Hari dan Penolong Pegawai Penerangan LPPKN Selangor, Puan A. P. Shaluni A/P C.P. Anbalagan.