Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti ceramah pemakanan berkhasiat oleh Puan Sakinah binti Abdul Rahman dan juga ceramah penjagaan gigi oleh Dr. Nazatul Husna.
Peserta kanak-kanak pula disajikan dengan aktiviti Kem Aulad Bestari oleh IKRAM Juniors Kuching yang diketuai Puan Maimunah Baie.
Turut diadakan ialah demonstrasi membuat makanan berkhasiat.
Selain itu, program Back to School turut diadakan bagi memberi agihan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada peserta kanak-kanak untuk meringankan beban mereka menjelang musim persekolahan kelak.